Strategi Usahawan Dari ‘Self-Employed’ Ke ‘Business Owner’

Khas untuk bakal-bakal usahawan berjaya..

Bagi yang berminat menjadi usahawan atau terlibat dalam bisnes, kita perlu jelas dulu apa niat & mengapa kita menceburi bisnes.

Senaraikan dahulu experience, growth & contribution yang ingin kita capai dengan berbisnes ini.
Antara perkara yang penting dalam bisnes adalah teknik ‘menggodam’ bisnes dan menskalakan bisnes.

Kadang-kadang kita rasa bisnes kita tak boleh pergi dah.. tapi sebenarnya kita belum ‘godam’ lagi bisnes kita..kita perlu tahu dulu bahagian mana yang bermasalah samaada produk/servis, marketing, customer relation, finance, operation dan lain-lain sebelum kita tentukan solusi yang sesuai.

Kemudian apabila nak tambahkan pendapatan syarikat, kita perlu tahu terlebih dahulu guna Teknik Kira-kira Bisnes:

Antaranya:

1. Berapakah kos mendapatkan seorang pelanggan?

2. Berapakah margin dan nilai keuntungan yang diperolehi daripada seorang pelanggan ?

3. Berapakah jualan bagi setiap pembelian pelanggan?

4. Berapakah nilai seorang pelanggan kita?

5. Berapakah KPI minima jualan yang mesti kita capai untuk merealisasikan jualan sebanyak RMxxxxxx sebulan dan RMxxxxxx keuntungan bersih sebulan.

6. Berapa ramaikah pelanggan yang diperlukan bagi tujuan tersebut?

7. Bagaimana untuk mengira Return on Investment (ROI)?
dan beberapa kiraan lagi mengikut keperluan bisnes.

Pasukan bisnes juga penting bagi usahawan yang ingin memperkembangkan serta meninggalkan legasi dalam bisnes.

Siapakah yang membuat kerja-kerja

– Finance
– Operation
– Marketing
– Customer service
– Administration
– Human Resource
– Research & development

Mungkin di awal-awal bisnes, kita perlu melakukan semua. Sampai suatu tahap kita akan rasa ‘burn out’. Jadi kita perlu ada mindset untuk membina pasukan bisnes untuk lebih berkembang. Persoalannya, bilakah masa yang sesuai untuk mengambil staf?? Antara perkara yang perlu diambil tahu adalah keperluan, cashflow & jangkaan dalam bisnes kita.

Bagi yang sudah mempunyai staf, bagaimana cara untuk kita mendorong staf untuk membangunkan syarikat? Jika setiap masa kita perlu monitor dan ingatkan staf kita itu maksudnya simptom yang kurang sihat dalam bisnes. Kerana pada asalnya kita mengambil staf untuk memudahkan kerja dan supaya kita boleh fokus pada tugasan lain yang lebih penting.

Sistem KPI, laporan dan pemantauan adalah perkara yang penting bagi usahawan yang ingin memantapkan pengurusan bisnes. Dengan hanya melihat angka-angka dan metrik tertentu, maka kita boleh tahu apa yang sedang berlaku dalam syarikat kita.

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih 50 cawangan termasuk Tuisyen, al-Quran, tadika dan sekolah swasta di seluruh Malaysia dan UK. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Apa Yang Penting Dalam Fasa Pengembangan Bisnes?

Terkadang seseorang Usahawan merasakan mereka adalah terbaik dalam membuat suatu tugasan lantas mereka risau untuk ...