STEM Sebagai Agenda Penting Pendidikan Negara 2016-2020

STEM DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STEM ialah akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik. STEM dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sedia ada dalam semua mata pelajaran STEM. STEM dalam konteks p&p merangkumi tiga aspek, iaitu:

1. Bidang pembelajaran

2. Pakej mata pelajaran

3. Pendekatan p&p.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025) PPPM 2013 – 2025 telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Pendidikan STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam 3 fasa;

• Gelombang 1 (2013 – 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod

• Gelombang 2 (2016 – 2020): kempen dan kerjasama dengan badanbadan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM

• Gelombang 3 (2021 – 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluasan operasi.

Pengajaran dan pembelajaran (p&p) STEM yang berfokuskan murid dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. P&p yang menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM. Pelaksanaan p&p STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran secara mendalam melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar. Murid yang mengikuti p&p STEM mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Resolusi Kolokium Kebangsaan Pendidik STEM TERENGGANU 2016

1. Mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam pembangunan Negara Bangsa.

2. Menggubal kurikulum STEM baharu bersepadu berdasarkan idea mendidik pelajar dalam empat disiplin iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kepada satu pendekatan merentasi disiplin dan aplikasi ke arah melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

3. Melatih pendidik dan pembantu makmal sains dalam menerapkan kurikulum STEM baharu dan menambah baik prasarana sekolah terutama kemudahan makmal serta peralatan pengajaran STEM di seluruh Negara.

4. Memperhebatkan usaha-usaha untuk merapatkan jurang perbezaan pencapaian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam peperiksaan utama di antara sekolah-sekolah bandar dan luar bandar.

5. Mempertingkat peluang pekerjaan yang berkaitan STEM untuk lulusan ijazah, diploma, sijil, STPM dan SPM dengan menyediakan lebih banyak laluan alternatif dan latihan kemahiran.

6. Mempertingkatkan jaringan usahasama di antara sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan industri dalam menggalakkan pembelajaran STEM secara formal dan tidak formal.

7. Menyediakan insentif penyelidikan & pemantapan STEM secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, institusi pengajian tinggi dan kerjasama dengan industri.

8. Mewujudkan satu badan professional yang diberi kuasa untuk mengawal kualiti kurikulum STEM di institusi pendidikan dan juga memberi pengiktirafan kepada kelulusan berkemahiran tinggi.

Untuk info lanjut mengenai STEM Sains & Matematik: Modul STEM Sains & Matematik untuk meningkatkan minat pelajar dalam subjek berkenaan

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Pengalaman Baru Bersama Guru Sains PPD Kuala Selangor

Sewaktu pergi ke Seminar Antarabangsa Pendidikan di Unisel untuk presentation dan buka Booth tahun lepas, ...