STEM Ambasaddor di UK

Tempoh hari kami sekeluarga dijemput untuk makan oleh Supervisor PhD isteri saya.

Tengok dirumah dia memang disediakan tempat khas untuk beraktiviti seperti craft dan sains. Jadi saya tanyalah sama ada beliau tahu tentang Science Technology Engineering Maths (STEM).

fb_img_1483483045249

Rupa-rupanya beliau merupakan ‘STEM Ambassador’ di UK yang bertanggungkjawab untuk mempromosikan STEM untuk pelajar-pelajar sekolah di UK. Boleh lihat di http://www.stemnet.org.uk/ambassadors/

Kemudian beliau menunjukkan pelbagai Kit Pembelajaran dan buku STEM untuk kanak-kanak..Kami memang teruja sebab permainan tersebut seperti Lab Sains & engineering yang biasa ada di makmal @ research centre, cuma ia versi kanak-kanak 🙂

fb_img_1483483049331Beliau berjanji untuk dapatkan maklumat lebih lanjut selepas saya beritahu sedang dalam proses untuk setup Tadika & Sekolah berkonsep STEM di Malaysia.

Alhamdulillah syukur 🙂

InshaAllah kami akan update lagi perkembangan STEM & ‘Multiple Intelligences’ di Malaysia & UK untuk manfaat pendidik & pelajar di Malaysia 🙂

Boleh lihat di Inovasi STEM Modul Sains & Matematik

#InspirasiAlJazari
#EduTillJannah

p/s: Moral of the story..kalau tidak tahu bertanya..selagi tak cuba tak tahu 🙂

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Jana Pendapatan RM1-3k Sebulan Dengan Sebagai Partner CMN

Nak buat RM1k – RM3k sebulan dengan Bisnes Tuisyen CMN? Berita Baik! Istimewa Buat Anda ...