Seminar Tuisyen Bersama Master Yus

Alhamdulillah, hari ini berjaya mengikuti Seminar Tuisyen bersama Master Yus. Pelbagai perkongsian telah diberikan oleh Master Yus dan protege Seminar Tuisyen yang memberikan ilmu berdasarkan pengalaman sebenar dalam industri ‘home tuition’ dan pusat tuisyen. Kebanyakannya adalah engineer dan ex-engineer, ex-guru dan lain-lain. Ada yang membuat tuisyen ini secara ‘full-time’ mahupun ‘part-time’.

master yus, seminar tuisyen, mohd noor, infitah home tuition, akademi infitah

Hasil daripada pengalaman saya dan Team dalam CMN Group of Education, permintaan daripada ibu bapa memang amat tinggi untuk ‘home tuition’ dan ‘Quranic Home Based’ iaitu belajar Al-Quran di rumah disebabkan kelebihan yang akan diperolehi oleh pelajar seperti kualiti pengajaran, masa yang fleksibel, pembelajaran fokus, mudah bertanya dan banyak lagi.

Selain itu, industri tuisyen ini juga sangat berbahaya!

Mengapa saya katakan begitu?

Ini adalah kerana, disamping dapat membantu pelajar cemerlang dan ‘improved’ dari segi akademik, ramai yang ‘terpaksa’ berhenti kerja kerana telah berhijrah kepada usahawan dan ‘self-employed’ hasil dari penangan industri tuisyen yang semakin dekat di hati ibu bapa dan para pelajar.  Ini juga yang terjadi kepada diri saya sendiri kerana saya dan rakan-rakan memulakan tuisyen dengan apa yang ada di tangan dan tanpa membuat pinjaman. Saya memulakan kerjaya sebagai usahawan tanpa modal dengan mengajar tuisyen di rumah. Alhamdulillah, saya amat yakin dengan potensi tuisyen ini disebabkan kualiti yang diperolehi oleh pelajar.

Apabila kita bekerja sendiri atau mempunyai pemilik bisnes, perkara yang perlu difokuskan adalah sales & marketing iaitu lebih kurang 60% , operation 20% dan admin 20%. Apa yang menjadi cabarannya, ramai yang boleh mengajar, tetapi tidak tahu bagaimana untuk mempromosikan perkhidmatan tuisyen.

Antara tempat berkesan untuk mempromosikan perkhidmatan sebagai tutor tuisyen adalah di facebook dan website.

Selain itu, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada Famili kami dengan menjadi Tutor CMNGE yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.

Penting untuk kita membezakan diri kita dengan orang lain. Terutamanya dari segi teknik mengajar, branding, testimoni, nilai tambah yang boleh diberikan seperti alat tulis percuma, bengkel motivasi percuma, dan tambahan masa mengajar tuisyen.

Kesimpulannya, seminar ini memang bagus dalam membantu sesiapa yang ingin menceburi bidang tuisyen ini. Pelaburan tersebut amat-amat berbaloi berbanding nilai yang dikeluarkan. Dengan mengajar satu klien pada bulan pertama sahaja sudah dapat ‘balik modal’..

Jika berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat sehingga berjaya dan mempunyai ‘branding’ sendiri dalam bidang ini berdasarkan pengalaman sebenar kami, mohon KLIK DI SINI.

 

‘Inspiration Through Learning’

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Kerjaya Tutor Tuisyen Yang Best!

Kerjaya sebagai tutor sepenuh masa atau separuh masa adalah suatu bidang yang sedang meningkat naik ...