Sejarah Legasi LEGO Yang Tidak Diketahui Ramai

Apa perkara yang saya belajar dari Lego?

Banyak perkara yang saya belajar dari Lego.

Seperti yang kita tahu, Lego ini berasal dari Denmark.

Penciptanya ialah seorang tukang kayu bernama Ole Kirk. Pernah kehilangan kerja  dan mengalami kerugian beberapa kali dalam bisnes termasuk kilangnya pernah terbakar.

Selepas kematian isterinya dan meninggalkan 4 orang anak dalam jagaannya. Beliau terinspirasi untuk membuat toys pada awalnya iatu itik yang dibuat daripada kayu sebagai permainan anaknya.

Sehinggalah beliau membuat inovasi dalam ciptaaan permainannya iatu ‘brick’ yang bermula daripada kayu.

Lego berasal daripada perkataan Danish iaitu ‘Leg Godt’ iaitu ‘play well’ dan syarikat berkembang dengan Lego Group. Selepas kematian kerana serangan jantungan, anak beliau yang ketiga, Godtfred Kirk mengambil alih syarikat tersebut dan antara perkara utama yang beliau lakukan adalah dengan menukarkan Lego kepada bentuk yang lebih moden dan ‘interconnection’ yang lebih kuat.

Sebenarnya Lego sekarang adalah merupakan ciptaan dan paten oleh Mr. Hilary seorang Psikologi Kanak-kanak dari UK.

Antara usaha yang menyebabkan mereka berkembang adalah mengamalkan ‘customer-centric approach’ dan selalu membuat survey kepada pelanggan mereka yang akhirnya melahirkan pelbagai ciptaan baru seperti ‘train set’ pada awal-awal fasa pengembangan mereka.

Pada tahun 1968, Lego telah membuka Legoland Park di Denmark dan selepas itu generasi ketiga iaitu cucu Ole meneruskan Legasi Lego.

Lego juga pernah melalui fasa kejatuhannya dengan pelbagai jenis permainan baru seperti games pada tahun 20an. Mereka akhirnya melancarkan divisian baru ‘digital design software and interactive games’ untuk Wii dan PC.

founder lego

Saya akui mereka dapat mengubah permainan biasa itu kepada luar biasa dengan pelbagai inovasi sehingga Lego boleh menjadi permainan yang membina daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak termasuk orang dewasa secara sedar mahupun tanpa disedari kerana penggunaan otak kanan yang optimum.

Ia bermula dengan membina Sistem permainan Lego yang menjadikan permainan Lego boleh membuat apa sahaja dengan imaginasi yang tidak terbatas.

Pada hari ini, ramai yang telah merekacipta robot, bangunan, dan apa sahaja peralatan daripada Lego menyebabkan permainan Lego ditiru oleh para pesaing mereka. Namun, inovasi lah yang membezakan Lego daripada permainan lain. Kata Seth Godin; “If your products are replicated, it means you’ve done something really great.” 🙂

lego6

Saya pernah berkenalan dengan seorang rakan yang menjadikan licencing Lego sebagai cara kreatif untuk belajar Sains, Teknologi, Engineering, Maths (STEM) dan Pendidikan Robotics. Modul beliau digunakan di beberapa sekolah dan universiti untuk belajar Sains dan Teknologi dengan lebih kreatif dan praktikal.

lego1

lego4

lego2

lego3

lego5

Gambar-gambar di Legoland Discovery, Manchester

Kreativiti Dari Lego

Apabila kita memandang sebuah toys sekadar barang mainan, jadilah ia barang mainan.

Jika kita pandang ia sebagai menambahkan daya kreativiti dan imaginasi, maka itulah yang kita perolehi.

Jika ia dilihat sebagai sebuah legasi, jadilah ia sebagai legasi untuk generasi hari ini dan akan datang.

‘Bagaimana cara kita memandang sesuatu akan menentukan hasil yang kita perolehi’.

Dengan permainan sahaja, mereka membina legasi ke seluruh dunia.

Bagaimana pula dengan kita? 🙂

Yakin Sebelum Berjaya.

 

legoland windsor

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths). Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulakan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Siapakah Guru Paling Berpengaruh Di Malaysia?

Cikgu Mohd Fadli b Mohamed Salleh yang juga mendapat gelaran ‘Cikgu Korea’ dilahirkan di Pasir ...