Saya Berminat Hendak Mengajar, Tapi Tak Yakin…

NAK MENGAJAR..TAPI SAYA TAK YAKINLAH…

Yakinlah bahawa setiap daripada kita memang dilahirkan untuk menjadi seorang pendidik.

Apa yang membezakan kita adalah, ada yang mengajar secara tidak formal, contohnya mengajar adik, kawan-kawan dan anak-anak.

Manakala mengajar secara formal pula adalah mengajar sebagai guru sekolah, cikgu tuisyen, pensyarah mahupun trainer.

Usah khuatir dengan momokkan bahawa seorang yang bukan guru tidak mampu menjadi seorang cikgu tuisyen atau tutor. Ia bergantung kepada tutor itu sendiri.

Ilmu yang disampaikan oleh tutor yang profesional dan sentiasa bersemangat tinggi akan terus diingati oleh pelajarnya.

Kesungguhan dan dedikasi seorang tutor memberikan tunjuk ajar akan dikenang oleh pelajar mereka. Pasti gelaran cikgu akan terpahat di hati dan meninggalkan legasi untuk anak didiknya 🙂

Tip Tutor Profesional

Setiap kali selepas sesi pembelajaran anda, ambil sedikit masa untuk berbual dengan ibu bapa pelajar tentang perkembangan dan prestasi anak-anak mereka. Ibu bapa akan lebih menghargai anda sebagai tutor yang prihatin dan bertanggungjawab.

Puji kebaikan serta kelebihan anak dihadapan ibu bapa mereka dan beritahu dengan jujur apa yang perlu diperbaiki tanpa menyinggung perasaan mereka.

 

Mengajar Tuisyen Boleh, Nak Kembangkan ‘Stuck’!

Mengapa ada sesetengah Tutor lebih berjaya berbanding orang lain?

Ada perbezaan dalam cara mereka berfikir, keputusan yang dibuat juga berbeza serta tindakan yang diambil berbeza yang menyebabkan hasil yang diperolehi juga berbeza.

Input mungkin sama, output berbeza.

Persoalannya, adakah kita mahu jadi ‘biasa-biasa’ atau luar daripada kebiasaan?

Ramai orang belum berjaya membangunkan perniagaan tuisyen bukan kerana mereka tiada potensi sebagai Tutorpreneur, tetapi mereka tidak memiliki kemahiran berurusan dan bekerja dengan orang lain.

Kita bekerja dengan orang setiap masa, tetapi hanya kerana kita bekerja bersama, tidak bermakna kita dapat memulakan perniagaan bersama-sama.

Dan hanya kerana kita memulakan perniagaan bersama-sama tidak bermakna perniagaan itu boleh berkembang maju.

Salah satu sebab manusia menghadapi kesukaran bagi membangunkan perniagaan adalah sebuah perniagaan sebenar memerlukan lebih daripada satu kemahiran.

Hanya Tutorpreneur sebenar dapat menggabungkan tenaga kemahiran ini untuk bekerja dalam teamwork bagi membangunkan legasi yang hebat.

Bina kepimpinan serta pasukan kita.

 

Perlukah Daftarkan Perniagaan Tuisyen?

Berkesempatan berbincang dengan seorang Tutorpreneur

Beliau berada dalam dilemma..

Antara soalan beliau:

Perlukah mendaftarkan perniagaan?

Jawapannya adalah Ya atau Tidak.

Belum perlu, jika kita hanya mengajar sendiri.

Ya, jika kita ingin mengembangkan lagi perkhidmatan dan perniagaan.

 

 

Yakin Sebelum Berjaya 🙂

#EduTillJannah

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths). Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulakan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Want to Built Your Marketing Career with CMN?

CMN Global Consultant Sdn Bhd has experiences in the education field for more than 10 ...