Sanggup Tangguhkan Kepuasan Untuk Kejayaan?

‘Delayed Gratification’ Untuk Usahawan

=============

Sebagai seorang usahawan, antara perkara yang penting saya belajar dari mentor-mentor saya adalah kepentingan ‘delayed gratification’ (menangguhkan kepuasan) sementara untuk masa depan bisnes.

Konsep ini juga sama dengan seorang Muslim yang menangguhkan kepuasan dan bersabar di dunia untuk akhirat yang kekal abadi.

Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”

(H.R.Muslim).

Apa yang dimaksudkan dengan menangguhkan kepuasan ialah seorang pemilik perniagaan perlu menjadi orang terakhir menerima bayaran dengan konsep ‘Leaders Eat Last’.

Siapa yang perlu dibayar dahulu?

  1. Aset & melabur semula dalam bisnes
  2. Pekerja
  3. Pakar (Konsultan atau pakar dalam bidang tersebut)
  4. Pelabur
  5. Pemilik pernagaaan

Pemilk perniagaan perlu terlebih dahulu memastikan keseluruhan urusan berkaitan perniagaannya sudah dibayar barulah dia menjadi orang terakhir menerima bayaran paling tinggi.

Ada istilah yang selalu dipopularkan oleh Steve Job dan Robert Kiyosaki iaitu ‘bekerja bukan kerana wang’. Mereka belajar menangguhkan kepuasan bagi memastikan aset dan syarikat berkembang sebelum mereka menerima hasilnya pada jangka masa panjang.

Ada juga yang menggunakan pinjaman atau modal dari pelabur untuk membeli kereta mewah, membayar gaji yang tinggi kepada diri sendiri, ruang pejabat yang besar di fasa-fasa awal perniagaan. Ini salah satu sindrom ‘red alert’ bagi sesuatu perniagaan.

2015-bmw-i8-first-drive-front-angle-2-970x546-c

Sekiranya pemilik perniagaan menjalankan tanggungjawab dengan baik dengan membayar semua pihak bagi mengumpul asetnya dan mengembangkan bisnes, aset & perniagaan yang bakal dimiliki seharusnya akan lebih bernilai berbanding jumlah yang diterima sebagai bayaran.

Selain kisah Usahawan Syurga seperti Abdul Rahman Auf dan sahabat-sahabat lain saya juga pernah membaca tentang kisah hidup Syed Mokhtar Al Bukhari, Steve Job, Jack Ma dan Elon Musk.

steve job

Steve Job ialah Founder Syarikat Apple, kemudian Next dan Pixar. Pixar telah dijual kepada Disney. Manakala Next kemudian dibeli oleh Apple.

Elon Musk pula merupakan Co-founder kepada PayPal yang telah dibeli oleh E-bay. Hasilnya, beliau telah memulakan bisnes baru iaitu Tesla (kereta elektrik) & SpaceX (roket).

elon musk coach mohd noor tesla paypal

Persamaan Steve Job & Elon Musk ialah:

Kedua-duanya pernah pernah dibuang dari syarikat sendiri kerana idea ‘gila-gila’.

Kemudian diterima dan menaikkan syarikat kembali.

Steve Job masuk selepas 12 tahun ketika Apple diambang bangkrap dengan gaji 1 dollar.

  1. Manusia & bisnes ada masa ‘up & down’
  2. Jika bisnes jatuh, bukan semata-mata kerana produk@servis itu tiada market, tetapi strategi & leadership perlu dilihat semula.
  3. Buat bisnes bukan semata-mata untuk hidup mewah@kaya, tapi ada tanggungjawab yang besar disebaliknya.

‘With the great power, comes the great responsibility,’

Ada suatu kajian yang dilakukan kepada oleh Standford University pada tahun 1960an terhadap kanak-kanak berusia 4-5 tahun tentang ‘Delayed Gratification’ iaitu pemberian marshmallow; sejenis gula-gula yang mengiurkan kanak-kanak 😉

Mereka boleh makan terus 1 marshmallow yang diberikan, namun jika mereka sanggup menunggu  mereka akan memperolehi 2 marshmallow. Boleh lihat video ini.

Selama 40 tahun kajian terhadap orang yang sama membuktikan kanak-kanak yang telah membesar dan sanggup menunggu marsmallow kedua lebih berjaya dalam pembelajaran dan kerjaya berbanding kanak-kanak yang tidak sanggup menunggu.

Jika direfleksi, ini berkaitan dengan kesabaran, ketabahan dan kecekalan dalam melakukan sesuatu sehingga berjaya. Semua kejayaan di dunia dan akhirat bermula dengan niat, kesabaran, ketabahan, istiqamah dan fokus sehingga berjaya.

‘Yakin Sebelum Berjaya’

#CMNGroupOfEducation

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Cikgu Jutawan Founder Int3tree Ini Pernah Jatuh Bangkrap

Orangnya simple sahaja dan mudah didekati. Lahir dalam keluarga susah, ibunya pernah meninggal kerana sakit ...