Projek CMN Care Tuisyen & Mengaji Percuma Bersama Anak Yatim

[ HARI YANG MENGINSPIRASIKAN ]

Seharian bertemu dengan insan-insan hebat yang menginspirasikan bermula dengan Tuan Airol dari Rumah Bakti Al-Kausar Bangi dimana rumah bakti ini menempatkan & menyediakan fasiliti terbaik kepada 30 anak yatim berumur dari 6 tahun hingga 17 tahun.

anak-yatim-tuisyen1

Arakian tengah harinya ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di Sg Ramal Baru, Kajang yang diasaskan oleh Dr Hj Masjuki Musuri bersama 20 Co-Founder. Mereka bersama memerah keringat dan air mata menubuhkan Kompleks RPWP yang kini menjadi rumah 70 asnaf & anak yatim perempuan dari pelbagai latarbelakang seluruh Malaysia. Manakala 70 asnaf & anak yatim lelaki ditempatkan di rumah berkonsepkan kontena yang sangat AWESOME di Jalan Abim. Sungguh!

anak-yatim-tuisyen2

Pengasas RPWP, Dr Hj Masjuki sendiri merupakan tenaga buruh utama sepenuh masa sejak hari pertama pembinaan bermula. Semua kerja-kerja yang melibatkan puncak tertinggi, pengurusan mesin merbahaya atau jentera berat akan beliau tangani sendiri. Beliau turut mengalami kemalangan yang menghancurkan tulang peha beliau selepas terjatuh dari ketinggian lebih 20 kaki semasa proses pembinaan kompleks ini. Kini tulang itu berganti besi dan sejak 2008 beliau berstatus OKU kekal.

Apa yang menariknya di RPWP, anak yatim di sini tidak sekolah di sekolah harian biasa. Mereka mendapat pendidikan di Akademi Insan Prihatin di mana anak-anak ini didedahkan dengan ilmu akademik dan kemahiran yang sangat AWESOME! Selain itu mereka diberi peluang menceburkan diri ke dunia luar yang mencabar melalui SEKOLAH ALAM. Anda perlu melawat dan mengorek pengalaman mereka. Sungguh!

Petang harinya di HQ CMN Global Consultant Sdn Bhd bersama-sama CMN Education Group (CMN Avengers) yang sangat AWESOME! Saling berkongsi pengalaman dengan Founder Genius Atfal, Puan Azlinda yang sangat bersemangat membincangkan Tuisyen Percuma untuk 30 anak yatim di Pantai Beserah, Kuantan. Tidak sabar rasanya untuk menunggu 27 hari bulan ini untuk melawat Genius Atfal dan Pantai Beserah yang menggamit memori indah dikala muda-mudi Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang dahulu. 😉

 

Keesokannya, CMN Care bersama insan-insan yang AWESOME! iaitu Tuan Nor Azmi, Founder Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Sri Kundang; Tuan Haji Miswan sebagai setiausahanya serta berkolaborasi dengan Cik Puan Azuani, Manager Akademi Infitah Rawang bagi mengusulkan Program Tuisyen Akademik & Jom Mengaji Al-Quran sepanjang sesi persekolahan 2017.

Alhamdulillah kedatangan kami di sambut hangat oleh Pengasasnya sendiri bersama Setiausahanya yang berjiwa muda dan aktif. Pusat jagaan ini bermula dengan nama Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Ikhlas di Kg Melayu Sri Kundang sejak tahun 2010 lagi namun pada 18/1/2013 Pertubuhan Baitul Aini telah mengambil alih pengurusannya untuk dijadikan pusat tahfiz berbayar dan 20 anak yatim ini terpaksa dikeluarkan kerana tidak mampu membayar yuran yang dikenakan.

anak-yatim-tuisyen3

Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Sri Kundang ini ditubuhkan bagi membela nasib 20 anak yatim tersebut dengan menyediakan bangunan asrama sebelah Surau Al-Falah di Kg Baru Kundang. Manakala 31 anak asnaf (miskin tegar) sekitar Kg Melayu Sri Kundang juga diberi bantuan dan tinggal di luar asrama kerana ketiadaan ruang asrama yang mencukupi..

Pusat jagaan ini juga membantu Pondok Mahfudzah di Batang Kali dari segi pengurusan dan dana. Objektif pusat jagaan ini jelas dalam menyediakan tempat tinggal & perlindungan kepada anak yatim, anak mangsa penceraian, anak pasangan mangsa dadah dan fakir miskin (asnaf) yang terbiar dan tiada pembelaan tanpa mengira warganegara. Pihak pengurusan pusat jagaan ini giat merangka Kompleks Latihan & Pembangunan untuk anak-anak ini untuk diajarkan kemahiran IT, Jahitan, Masakan, Pembuatan, Hafazan Al-Quran & Fardhu Ain bermatlamatkan Pembangunan Modal Insan yang beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia.

School of Life!

Berminat menjadi tenaga penggerak dan Tutor Sukarelawan??

Daftar di http://tinyurl.com/tutorcmncare

 

Coordinator CMN Care

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Bantu Anak Cemerlang Matematik Bersama Pelajar ‘Straight A’ SPM

MATEMATIK PT3 NI SUSAH SANGAT KE? Ibu bapa, anak anda PT3 ke tahun ni atau ...