Pentingnya Mentor Dalam Bisnes

Bila disoroti semula bagaimana saya mula terjebak dalam bidang perniagaan, ada pelbagai perasaan yang bercampur baur, sedih, malu, dan sebagainya.

Nak diceritakan pun segan, tapi disebabkan ia mungkin jadi iktibar untuk sesetengah orang, maka saya kongsikan juga.

Saya lahir dalam keluarga sederhana. Ayah saya pernah bekerja dengan kerajaan dan kemudian terlibat dengan bisnes. Ayah saya pernah ditipu dan jatuh dalam perniagaan. Kami sekeluarga hampir keluar rumah kerana bank mahu menyita rumah yang sedang kami duduki.

Selepas saya menghabiskan Degree, saya ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di luar negara. Namun, saya terpaksa menolaknya kerana jauh di lubuk hati saya meminati bidang bisnes.

Rupa-rupanya bukan senang nak buat bisnes ni. Nampak dari luar memang best. Banyak cabaran dan dugaannya termasuk orang di sekeliling kita. Ramai pelik, kenapa nak berhenti kerja selepas ada kerja yang ‘secure’?

Saya selalu diam dan jawapannya hanya saya simpan di lubuk hati. Biarlah orang nak kata apa, yang penting kita tahu niat dan matlamat kita.

Memang masih ramai masyarakat kita yang memandang bisnes ini bukan kerjaya sebenar dan tiada masa depan.

Namun, bila kita ada matlamat dan hala tuju yang jelas dan ramai orang yang perlu dibantu, maka saya terpaksa bersabar dan teruskan ‘passion’ saya. Terkadang terpaksa pekakkan sahaja telinga, fizikal nampak ok, dalam hati Allah sahaja yang tahu. Dalam masa yang sama saya tetap berbuat baik kepada mereka.

Saya pernah bekerja sebagai pensyarah IPT dan menceburkan diri dalam bisnes tanpa ada ilmu, mentor & sistem. Akibatnya, saya terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Namun, saya tidak berputus asa dan terus melibatkan diri dalam bidang bisnes.

Disebabkan ada sahabat handai yang membuat bisnes dalam masa yang sama komited dalam jemaah, memberi saya inspirasi untuk melibatkan diri dalam bisnes walaupun memang  zero. sebenarnya tentang bisnes.

Saya mula terlibat dalam bisnes secara serius selepas graduasi, ketika menunggu keputusan untuk sambung belajar ketika itu. Sebelum itu ketika belajar ada juga secara kecil-kecilan seperti menjual T-shirt. Itupun banyak stok tak dapat dijual.

Cabaran demi cabaran datang silih berganti..

Masa itu antara bisnes yang menarik minat saya adalah membela kambing. Siap pergi kursus kambing bagai dan sudah cari tanah yang sesuai. Tapi famili pun tak support jadi saya terpaksalah menangguhkan idea tersebut.

Kemudian, saya dapat tahu tentang perniagaan ternakan cacing dan potensinya untuk penghasilan baja ketika itu. Dengan tiada ilmu dan kejahilan pada diri, maka saya telah melabur ribuan ringgit ke dalam bisnes yang tiada jaminan sebenarnya.

Hanya berdasarkan cakap-cakap orang sahaja dan tanpa membuat kajian yang sebenar dan walaupun cuba bertahan, namun akhirnya tersungkur juga. Bila teringat balik, rasa nak ketawa pun ada.

Buat bisnes tanpa ada ilmu dan kajian terlebih dahulu, itu lah akibatnya.

Banyak wang, masa dan tenaga habis begitu sahaja. Hendak cakap pasal keuntungan..’yellek’..(kosong). Rugi ada lah. Namun, ia menjadi suatu pembelajaran yang amat berharga dalam kehidupan saya.

Saya juga pernah mengalami saat-saat sukar.. Suatu ketika duit pun tak cukup nak beli pampers dan susu anak.. Motor pun pernah kena tarik.. Mak saya selalu susah hati dan macam-macam lagi kesukaran yang pernah dialami bersama partner saya dalam bisnes.

Saya dah biasa hidup susah, tapi saya tak boleh lihat orang lain susah hati.. pada masa tu saya faham semua ini untuk sementara sahaja.. dan kejayaan itu pasti akan datang.

Apa yang saya yang menyebabkan ‘turning point’ dalam bisnes dan kehidupan saya?

Semasa saya bekerjasebagai pensyarah, saya juga mengajar home tuition secara sambilan. Alhamdulillah, dengan menggunakan modal sosial dan ilmu, tambah dengan minat mengajar, maka ia menjadi suatu hobi yang dapat membantu menampung kewangan saya.

Pada awalnya , saya beranggapan ia hanya dibuat untuk suka-suka sahaja dan rasa seronok bila dapat melihat pelajar-pelajar saya mengalami peningkatan dalam pembelajaran, sehinggalah sampai  suatu ketika permintaan melebihi masa yang saya ada.

Saya juga pernah menjadi fasilitator dalam sebuah program yang memerlukan kami berulang-alik dari Seremban ke Shah Alam setiap hari dengan membonceng motosikal. Ia juga merupakan suatu pembelajaran berharga buat kami untuk memikirkan tentang bisnes dan masa depan.

Tapi yang penting semangat untuk memberi dan menimba pengalaman itu lebih penting. Diringkaskan cerita, kami memulakan Home-Based Learning dan Program Cuti Sekolah dengan modal minima ketika itu untuk membuat marketing tanpa membuat sebarang pinjaman. Program Cuti Sekolah tersebut hampir-hampir dibatalkan disebabkan banyak masalah dan cabaran dengan pendaftaran peserta yang melebihi jangkaan.

Sampai sekarang saya dan Team CMN masih terus belajar kerana proses pembelajaran tidak pernah berhenti. Jika kita berhenti, ketika itu lah kita akan ketinggalan dan tidak ke mana-mana.

Jika kita nak dapatkan pekerjaan pun kita perlu belajar 11 tahun di sekolah, 3-5 tahun di kolej atau universiti. Tidak mungkin bila kita nak mulakan bisnes, kita boleh semberono sahaja mulakan tanpa ilmu. Jika kita sanggup menghadapi risiko yang besar, itu lain lah.

Disebabkan itu, saya bertekad untuk mencari ilmu supaya dapat mengembangkan bisnes.

Pada tahun 2013, saya mengikuti IMKK, itupun selepas diajak oleh salah seorang Tutor kami.

Selama ini saya banyak mendengar komen positif dan tidak kurang juga komen negatif dari orang lain mengenai Dr Azizan Osman. Jadi untuk mengetahui sendiri, saya pergi ke seminar PERCUMA yang dianjurkan oleh Richworks.

Kesannya, ia telah menguatkan keyakinan saya untuk mendaftar IMKK pada tahun 2013. Walaupun terasa berat pada permulaannya, tapi setelah berada dalam program, terasa sangat berbaloi-baloi dengan pelaburan tersebut.

Dalam IMKK, kami ditekankan tentang kepentingan dari segi niat untuk membantu menambah nilai dalam kehidupan orang lain yang banyak mengubah persepsi saya selama ini. Selain itu, kepentingan menetapkan matlamat, dan strategi pemasaran saya makin kukuh dan lurus.

Ditambah pula, IMKK dapat membantu saya membersihkan sisa-sisa ‘kolam’ dalam diri. Kaya bukan sekadar harta tetapi kaya ‘Emotional & Spiritual’. Perhubungan dengan keluarga dan rakan taulan makin rapat. Paling best, saya amat BERSYUKUR apabila dapat membantu ramai klien saya menikmati pembelajaran tuisyen dan mengaji di rumah dengan lebih fokus dan fleksibel melalui perkhidmatan Home Tuition & Quranic Home Based.

Selain itu, melalui program-program kami juga, kami bersyukur dapat membantu menambah nilai dalam kehidupan diri sendiri dan orang lain, dan itulah perjuangan kami warga CMN

Alhamdulillah syukur pada Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Terima kasih dan tahniah kepada Dr Azizan Osman (DAO) yang mencurahkan ELMU dan pengalaman serta warga Richworks yang bertungkus-lumus membantu orang lain. Teruskan perjuangan ini lillhi ta’ala. Saya amat menyokongnya.

Selepas menyertai beberapa program anjuran Richworks, bisnes menjadi ‘huru-hara’ sehingga berkali ganda. Team dalam syarikat kami bertambah dan kini saya kini tidak lagi berasa ragu-ragu atau kurang yakin apabila ingin membuat keputusan yang positif dalam hidup sebelum saya mengikuti isteri saya yang menyambung PhD di UK selama 3 tahun setengah.

Walaupun berada di UK, dengan ilmu yang dipelajari, saya masih dapat mengawal bisnes di Malaysia dari sana dengan sistem yang kami gunakan.

Semakin lama saya dalam bisnes, barulah saya faham bahawa niat dan matlamat kerja itu sendiri perlu diluruskan..

Niat kerana Allah, kerja untuk mendapatkan ilmu & kemahiran, dan juga untuk memberi manfaat kepada insan lain.

Then barulah kita akan minat dengan kerja kita dan melakukannya secara ‘Beyond Expectation’. Secara tidak langsung, rezeki akan datang dengan tidak disangka-sangka..

Untuk memulakan bisnes, mulakan dengan apa yang ada pada diri kita.  Jika kita tiada modal wang, kita mulakan dengan modal sosial, buat networking dan sebagainya.

Jika kita ada ilmu yang boleh diajarkan pada orang lain, mulakan dengan mengajar tuisyen, al-Quran atau apa sahaja kemahiran yang bermanfaat untuk masyarakat di luar sana. Jika kita ada sedikit wang, laburkan untuk ilmu, ini perkara yang saya pegang hingga ke hari ini supaya kurang risiko ‘langgar tembok’.

Berkat kerjasama dan ketabahan bersama Team dan mentor-mentor yang membantu, kami kembali bangkit dengan izin Allah dengan membina lebih banyak cawangan CMN Education Group & Tutor Profesional Malaysia di seluruh Malaysia dalam pelbagai cabang bidang pendidikan.

Berniagalah untuk membantu orang lain dan masyarakat di luar sana. Kata-kata Imam Hasan Al-Banna

“Berniagalah sekalipun kamu telah kaya.”

Alhamdulillah, kini kami ingin berkongsi kejayaan itu dengan orang lain kerana semua itu milik Allah dan harus dikongsi.

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Kisah Seorang Ibu Yang Sanggup Mengajar Anaknya Sendiri

Kisah seorang ibu yang menginspirasikan.. Beliau yang tinggal di Seremban dan bekerja di sebuah institusi ...