Pengalaman Di Car Boot UK Yang Berusia 27 Tahun

 

IMG_20160508_132018

Antara perkara yang menarik di UK adalah Car Boot Sale.

Tempat pertemuan Car Booters dengan barangan yang super murah. Bermula 50 pence (sen) dengan barang-barang baru atau second hand, ia menjadi tarikan kepada pembeli-pembeli yang mencari barang-barang berharga murah namun masih elok dan berkualiti.

Contoh barangan:

– Toys berjenama

– Peralatan sukan

– Peralatan elektronik

– Pakaian, suit

– Buku, DVD

– Basikal

dan banyak lagi.

Car Boot Studley ini antara yang top juga menjadi tumpuan peminat Car Boot. Selain daripada keluasan yang kami sendiri tak larat nak habiskan, ia sudah established selama 27 tahun!

Dengan pengurusan yang tersusun, barangan yang berkualiti serta parking free ia menjadi favourite pengunjung setiap Hari Ahad untuk musim Summer (panas) ini.

Budaya orang UK adalah mereka tidak berminat untuk menyimpan barang yang tidak digunakan. Jadi mereka akan recycle, bagi free atau jual melalu carboot. Kami sendiri banyak memperolehi barangan seperti pencetak gambar yang belum digunakan dengan harga bawah 5 pound, coffee maker 5 pound, kot berjenama dengan 1.50 pound dan banyak lagi barangan yang sangat murah dan masih elok. Untung-untung dapat barang yang masih belum digunakan 🙂

Untuk pengetahuan anda, 1 Pound bersamaan dengan lebih kurang RM5.82 sekarang.

Kebanyakan mereka hanya nak ‘let go’ barangan sahaja dan bukan untuk membuat keuntungan. Mereka juga dapat belajar serba-sedikit tentang asas bisnes 🙂

Satu perkara yang bagus adalah kebanyakan mereka menjual barangan yang masih elok sahaja terutamanya barangan elektrik atau elektronik. Kita boleh mempercayai penjual walaupun tanpa test barangan tersebut terlebih dahulu. Mereka jujur dan amanah dalam berurusniaga. Hatta jika ada sedikit yang tidak ok mereka akan beritahu pada bakal pembeli.

Di Malaysia, fenomena Car Boot masih baru. Mungkin suatu hari nanti ia akan jadi suatu budaya yang bagus di kalangan rakyat Malaysia untuk ‘berkongsi’ barangan yang tidak diperlukan lagi selain mendidik jiwa keusahawanan.

#IdeaBisnes

IMG_20160508_105347

IMG_20160508_122906

IMG_20160508_121512

IMG_20160508_115411

IMG_20160508_115404

IMG_20160508_115206

IMG_20160508_115159

IMG_20160508_115154

IMG_20160508_113244


IMG_20160508_112819

IMG_20160508_111520

IMG_20160508_111236

IMG_20160508_111053

IMG_20160508_110959

IMG_20160508_110802

IMG_20160508_110039

IMG_20160508_110033

IMG_20160508_105447

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Mengapa Saya Memilih Kerjaya Sebagai Home Tutor?

Kerjaya sebagai tutor sepenuh masa atau separuh masa adalah suatu bidang yang sedang meningkat naik ...