Pendekatan Latih Tubi Vs Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Pendekatan Latih Tubi Vs Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Pada umumnya, pelajar beranggapan matapelajaran Sains dan Matematik adalah sukar untuk dipelajari.

Persepsi ini timbul kerana ramai pelajar mengalami kesukaran pembelajaran dan mendapat pencapaian yang rendah dalam Sains dan Matematik.

Masalah lazim yang dihadapi para pelajar adalah seperti, kefahaman konsep Sains dan Matematik yang tidak mencukupi, kelemahan penguasaan pengetahuan Sains dan Matematik serta kesukaran membina dan menguasai konsep Sains.

Ada beberapa faktor yang dikenal pasti sebagai penentu kepada keupayaan pelajar dalam memahami, membina dan menguasai konsep Sains dan Matematik. Antaranya ialah keupayaan pelajar membina dan menguasai konsep saintifik, tahap pemikiran kognitif pelajar (khususnya tahap pemikiran formal dan konkrit), strategi pengajaran pendidik dan kemahiran proses Sains yang lemah.

Terdapat hasil kajian terdahulu yang menunjukkan pendidik masih cenderung menggunakan strategi pengajaran yang berorientasikan peperiksaan (khususnya pendekatan behaviorisme dan latih tubi yang berfokus kepada hafalan) berbanding pengajaran yang menitikberatkan kemahiran berfikir.

Jadi sebagai pendidik, kita perlu menyiapakan diri dengan KBAT terlebih dahulu sebelum kita dapat melatih pelajar dengan kemahiran berkenaan 🙂

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Bengkel ‘Beyond Expectation Teachers’ Guru-guru Sains & Matematik Anjuran PPD Rompin & CMN

Bengkel “Beyond Expectation Teachers” untuk Guru-guru Sains & Matematik anjuran PPD Rompin dengan kerjasama CMN ...