‘Mind-Setting’ Sebagai Tutor Luar Biasa

‘Mind setting’ adalah perkara yang mula-mula sekali perlu ditekankan dalam menjadi Tutor Luar Biasa. Dengan  penetapan niat yang betul dan mempunyai matlamat yang jelas, kerjaya sebagai tutor akan menjadi lebih efektif. Niat yang betul ini juga amat ditekan dalam Islam seperti hadis yang pertama dalam Hadis 40 karya Imam Nawawi.

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :  “Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pentingnya untuk menetapkan niat terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya ini:

  • Apa niat anda sebagai tutor?
  • Apakah matlamat anda sebagai tutor?
  • Apa target anda sebagai tutor?

Selain itu, besyukur dengan apa yang anda lakukan dan sentiasa bersikap positif dalam apa jua keadaan. Seperti banyak perkara dalam kehidupan, sikap adalah kunci untuk mencapai kejayaan. Dalam usaha untuk menjadi tutor yang berjaya, adalah perlu untuk kita mempunyai sikap yang positif. Ibu bapa, guru dan pelajar anda akan tertarik kepada tenaga positif anda dan terus merujuk anda kepada rakan-rakan mereka atas sikap anda yang menarik itu. Ini dikatakan sebagai silaturrahim.

Antara sikap mulia yang boleh diamalkan adalah sentiasa berfikiran positif yang pelajar anda boleh berjaya hatta mereka pernah menghadapi banyak kegagalan sekalipun.Jika dirujuk kisah-kisah orang berjaya adalah mereka pernah gagal dalam hidup mereka. Namun, mereka tidak sekali-kali tunduk mahupun pasrah terhadap kegagalan itu. Bahkan bagi mereka, ialah suatu tiket atau pelaburan yang perlu dibayar untuk berjaya.

Begitu juga dengan orang dewasa yang ingin mempelajari al-Quran & fardhu ain. Walaupun telah dewasa dan berumur, disebabkan keinginan yang tnggi untuk belajar, usah sesekali memperlecehkan niat atau usaha mereka dan berfikir yang tidak baik tentang masa silam mereka. Ajarilah mereka dengan sabar kerana Allah tidak pernah menilai hasilnya tetapi usaha yang kita lakukan. Setiap apa yang kita pelajari dan mengajar al-Quran itu Rasulullah s.a.w gelar sebagai sebaik-baik manusia dalam hadis baginda.

1002158_494020647348242_743464238_n

Bagi diri sendiri pula, anda perlu yakin bahawa anda  mempunyai kemampuan untuk mengajar walaupun anda tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan. Menurut pengalaman kami, ramai tutor yang pada mulanya berasa tidak yakin untuk mengajar disebabkan tiada pengalaman mengajar sebelum ini. Namun, disebabkan oleh minat yang tinggi dan tunjuk ajar yang diberikan, mereka mampu menjadi tutor yang berjaya dan menjana pendapatan dengan kemahiran yang ada terpendam dalam diri mereka selama ini.

Mengikut pengalaman kami sendiri, kebanyakan orang mampu menjadi tutor yang baik apabila mereka berniat untuk membantu pelajar dan ibu bapa. Komitmen sebagai ‘home tutor’ juga tidak setinggi menjadi tutor di pusat tuisyen atau kelas. Anda hanya perlu mengajar minimum seorang, 2 orang, 3 orang dan paling ramai 5-6 orang. Bergantung kepada keadaan.

artist tusiyen kearan dia adalah cikgu

Minat dan keghairahan untuk memberi dan membantu orang lain akan memberikan kita suatu kuasa yang luar biasa kepada seseorang manusia dalam melakukan tindakan. Sikap positif ini juga boleh diamalkan oleh anda sendiri untuk untuk menjadi seorang tutor yang berjaya. Walaupun anda tidak mengambil jurusan pendidikan atau tiada pengalaman mengajar. Anda mampu berjaya dalam bidang ini dengan syarat anda mempunyai:

1.  Semangat yang kuat untuk membantu orang lain.

2. Berminat untuk mendidik dan mengajar pelajar tanpa mengira latar belakang mereka

3. Keghairahan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain.

Walaupun anda pernah gagal suatu masa dahulu, ia bukanlah penyebab untuk anda tidak boleh berjaya sebagai tutor. Anda bangkit daripada kegagalan dan mendapat kejayaan itu merupakan suatu pengalaman yang anda boleh kongsikan bersama pelajar anda. Selain itu, anda juga boleh kongsikan dengan pelajar bagaimana anda bangkit daripada kegagalan tersebut agar menjadi inspirasi kepada mereka untuk mengejar kejayaan.

Anda juga tidak perlu risau dengan persaingan daripada guru-guru yang lebih berpengalaman. Kerana majoriti guru sekolah tidak mengajar ‘home tuition’ disebabkan faktor sibuk dan mempunyai komitmen lain terutamanya di sekolah. Jika ada, mereka lebih berminat untuk mengajar di pusat tuisyen atau di rumah sendiri.

ebook buku home tutor coach home tuition private tutor coach mohd noor

Pasaran untuk home tuition juga terlampau luas walaupun terdapat banyak pusat tuisyen. Ini boleh dilihat pada banyaknya agensi yang menawarkan khidmat ‘matching’ tutor dan pelajar yng tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Niche pusat tuisyen dan home tuition juga berbeza kerana home tuition mensasarkan pembelajaran fokus dan sesuai untuk pelajar tersebut berdasarkan tahap mereka.

Anda boleh cuba mencari perkataan ‘home tuition’, ‘home tutor’, ‘private tuition’ dan yang berkaitan di enjin carian Google. Pasti anda menemukan banyak laman web, agensi yang menawarkan perkhidmatan ‘matching’ di antara tutor dan klien. Ini menunjukkan potensi yang besar dalam bidang ini. Kami juga dihubungi oleh klien hampir setiap hari yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan belajar di rumah ini disebabkan faktor masa dan kualiti pembelajaran yang ingin diperolehi.

Jadi, untuk berjaya dalam bidang ini, FOKUS dan POSITIF dengan segala tindakan anda berdasarkan ilmu yang betul dan pengalaman yang telah ditempuhi.

Saya doakan anda menjadi Tutor Profesional & Berjaya untuk memberi lebih banyak manfaat kepada insan lain. Ameen.

Yakin Sebelum Berjaya 🙂

Sertai kami dalam networking Tutor Profesional DI SINI

#TutorKerjayaMulia

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Jana Pendapatan RM1-3k Sebulan Dengan Sebagai Partner CMN

Nak buat RM1k – RM3k sebulan dengan Bisnes Tuisyen CMN? Berita Baik! Istimewa Buat Anda ...