Memori Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2015

Pembukaan #STPM2015 oleh Puan Tengku Nurhusni yang berkongsi tentang bagaimana langkah untuk membuka dan menguruskan Akademi Al-Quran dengan profesional.

Dalam slot kedua, Ustaz Arif Asa’ad sedang berkongsi ‘Pengurusan ‘Home-Based Learning’ Secara Sistematik’. Ia membantu bagi tutor memberikan perkhidmatan serta pengurusan yang lebih sistematik.

arif stpm

Tuan Mohd Rajaei Bin Mohamad Ali berkongsi rahsia kejayaan memulakan serta mengembangkan Pusat Tuisyen.

Beliau berkongsi ilmu kejayaan dan pengalaman sebenar Pusat Tuisyen Maths Catch yang mempunyai 5 cawangan sehingga kini.

rajaei stpm

Tuan Osman Affan berkongsi tentang Teknik Mengajar Gaya Pakar dengan Modul SMartStudy beliau yang terkenal. Memang steruja para peserta 🙂

Tuan Yusnizam Yusoff a.k.a Master Yus pula membongkarkan rahsia beliau daripada Tutor kepada investor dalam masa kurang 5 tahun…

Pelancaran ‘Malaysian Professional Tutor Association’ (MPTA) juga selamat disempurnakan oleh Coach Mohd Noor dengan mendapat pendaftaran lebih 140 orang.

master yusnizam stpm

Tuan Badrulhisyam CoachSyam berkongsi tentang “Missing Chapter Dalam Bisnes Tuisyen”

Beliau turut membawa Tuan Xuwryn Jalil, Tuan Afiq Ibrahim, Puan Armiati Mohd Ismail dan Tuan Roslin untuk berkongsi pengalaman sebenar serta cabaran dalam bidang ini di samping solusi terhadapnya.

badrulhisyam stpm

10 Teknik Tutor Pro
…………………………..

1. Powerful Faith

2. Networking

3. Servis

4. Modul

5. Amazing Graphs

6. Power of Brain

8. Sistem
+ Expand
+ Duplicated
+ scale

9. Leverage Technology

10. USR
Ummah Social Responsibilities

oleh Coach Mohd Noor

Tidak dilupakan sekalung tahniah kepada team Simposium Tutor Profesional Malaysia yang telah berusaha gigih untuk merealisasikan program ini.

crew simposium tutor profesonal malaysia stpm

Pengorbanan mereka amat dihargai. Ada yang datang daripada jauh, tidur yang tak cukup dan sebagainya. Apa pun semoga Allah memberkati usaha ini untuk melahirkan lebih ramai Tutor Profesional di Malaysia.

InsyaAllah jumpa lagi tahun depan 🙂

#WeAreProfessionalTutors

#TutorKerjayaMulia

#STPM2015

simposium tutor profesional malaysia 2015

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Kaedah ‘Storytelling’ Yang Berkesan Dalam Pembelajaran Sains

Ini Anwar… Ibunya request dengan team kami untuk bantu beliau dalam beberapa subjek.. dan salah ...