Membina Syarikat Gazelles 7 Angka

Syukur, sehari penuh dalam Program ‘Breeding Gazelles’ bersama Dan Sullivan, Dan Branburry dan Ryan Deiss (CEO/Founder Digital Marketer).

Saya keluar pukul 5.30 am selepas Subuh bertolak ke London untuk ke Program ‘Breeding Gazelles’ anjuran Dan Branburry dan teamnya.

Plan asal nak drive kereta dan parking di shopping complex Westfield London sebelum naik tube (train). Sebab kalau nak masuk Kota London perlu bayar dan parking yang cas tinggi. Kerajaan UK memang tidak menggalakkan warganya untuk menggunakan kereta sendiri di bandar bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara.

Hampir sahaja nak memasuki London, trafik sudah mula sesak dengan kenderaan. Jadi saya ambil keputusan secara tiba-tiba untuk parking berdekatan dengan Stesen tube South Ruislip dan menaiki train ke Kensington High Street sambil berpeluang melihat warga London yang sedang sibuk menuju ke tempat kerja masing-masing. Dah lama tak rasa perasaan bersesak di waktu pagi sewaktu masih makan gaji dulu. Rindu 😉

Alhamdulillah, sempat sampai sebelum program bermula. Sempat mengunjungi beberapa booth yang memberikan pelbagai produk, program dan coaching untuk usahawan.

Selama ini banyak belajar dan follow mereka ini (speaker-speaker) melalui internet sahaja. Bila berjumpa ni rupanya memang banyak benda belajar.

Digital Marketer memang terkenal dengan content marketingnya yang percuma dan berkualiti. Di situ mereka berbeza dengan syarikat lain. Ibarat content percuma mereka mengenai Internet Marketing boleh dijual. Itu cara mereka menarik perhatian prospek mereka. Foundernya adalah Ryan Deiss. Beliau memang tak asing di kalangan otai-otai Internet Marketer Malaysia. Beliau minta untuk bergambar dengan saya..layankan jelah.. (gurau pun tak boleh..hehe)

ryan deiss coach mohd noor

Bayangkan belum mula kelas sahaja, tengok handout dah rasa teruja sebab memang benda ni yang dah lama dicari.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Gazelle Company’?

dan bradbury coach mohd noor

‘A high-growth company that is increasing its revenues by at least 20% annually for four years or more, starting from a revenue base of at least $1 million. This growth pace means that the company has effectively doubled its revenues over a four-year period. As gazelle companies are characterized by their rapid growth pace, rather than their absolute size, they can range in size from small companies to very large enterprises.’

David Birch’s identification of gazelle companies followed from his 1979 report titled “The Job Generation Process,” wherein he identified small companies as the biggest creators of new jobs in the economy. Birch estimated that gazelles accounted for only 4% of all U.S. companies, but accounted for 70% of all new jobs. Birch noted that the growth pace of gazelle companies far outpaced that of the Fortune 500 “elephants” and Main Street “mice.”

Source: Investopedia

Syarikat Gazelle bermula dengan pendapatan sekurang-kurangnya $1 juta dan meningkat sekurang-kurangnya 20% setiap tahun. Syarikat-syarikat ini juga yang menyediakan peluang pekerjaan terbesar dalam negara.

Kebanyakan ilmu memang belum pernah dengar sebelum ni seperti pentingnya untuk seorang usahawan itu faham tentang perbezaan di antara Management Accounting & Financial Accounting untuk membuat keputusan-keputusan penting dalam bisnes.

Financial Accounting adalah seperti yang diperlukan oleh merekodkan kewangan serta audit, manakala Management Accounting adalah penting untuk mengetahui perkembangan syarikat dan membuat keputusan penting seperti mengurangkan kos atau perbelanjaan untuk meningkatkan keuntungan.

Pengurusan tunai juga penting, kerana walaupun suatu bisnes itu profitable, tapi tanpa pengurusan tunai seperti menguruskan hutang tidak dijalankan dengan baik, kelak syarikat akan ‘tersedak’ dari sudut cashflow.

tahun3

Sebagai contoh, dalam gambarajah di atas menunjukkan akaun sebuah syarikat (nilai dalam ribu) selama 3 tahun. Walaupun tahun pertama, ia untung, tapi cashflow menunjukkan angka negatif serta terpaksa mengeluarkan duit peribadi untuk menampung kewangan syarikat. Selepas pemiliknya faham dan dibantu dengan strategi pengurusan aliran tunai, baru aliran tunai menjadi positif. Antara faktornya ialah pengurusan kredit serta stok yang tidak dijaga dengan sebaiknya.

Selain itu, Dan Sullivan pula berkongsi bagaimana strategi mengembangkan syarikat dengan 10 kali ganda. Dengan teknik yang betul, untuk berkembang 10 kali ganda mungkin lebih kurang sama sahaja dengan berkembang 2x ganda.

Sempat juga berkenalan dengan businessman UK dan sempat berjumpa dengan seorang ushawan Melayu dari Indonesia yang sudah lama tinggal dan mengusahakan bisnes di UK. Excited juga dapat jumpa beliau 🙂

Keseluruhannya, memang amat berpuas hati dengan program ini kerana banyak perkara baru belajar

Lepas habis program, rasa minda ‘meletop-letop’ sebab banyak idea dan strategi dalam kepala. Saya terus berkongsi dapatan dengan team kami untuk menguruskan bisnes dengan lebih baik lagi.

Semoga dapat memberi manfaat lebih besar lagi, insyaAllah.

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Sebelum Anda Mempelajari Teknik Marketing, Kuasai Ilmu Ini Dahulu

Apakah bisnes yang bagus?   Bisnes yang menambah NILAI dalam kehidupan seseorang itu.   Ramai ...