Marketing Tips: Channel Vs Strategy

MARKETING: CHANNEL VS STRATEGY

Apa beza channel dan strategi dalam pemasaran?

Ada usahawan yang masih keliru tentang kedua-dua perkara ini.

Channel adalah saluran atau tempat untuk sesuatu kempen marketing dijalankan.

Hari ini saya listkan 13 channel untuk menjalankan kempen marketing online projek kami supaya lebih mudah capai objektif.

Marketing Offline pun bagus.. Cuma buat masa ini saya fokus kepada online sebab mudah dari segi tracking dan analytics.

Contoh Channel ialah:

– Facebook
– Podcast
– Youtube
– Email Autoresponder
– Google

Apakah strategi pemasaran pula?

Dengan menggunakan sesuatu channel, kita boleh menjalankan beberapa marketing strategy.

Marketing strategy ini berbeza mengikut jenis bisnes dan objektif marketing.

Kita tak boleh tiru sebijik macam bisnes orang lain sebab belum tentu hasilnya sama.

Contoh Marketing strategy bagi Facebook sahaja ada banyak:

– Facebook ads
– Facebook group
– Facebook live
– Facebook profile
– Free lead magnet
– Contest
– Content marketing
– Story telling

Dan banyak lagi.

Kalau Google pun banyak juga

– SEO
– SEM
– Google +

Setiap satu strategy tu boleh pecah lagi kepada beberapa Teknik.

Kalau fokus kat dua channel ni pun mungkin boleh huru-hara bisnes anda + keinsafan di lubuk hati 😂😂

Kebanyakan usahawan tiada kempen marketing yang konsisten.

Biasa ikut mood owner. Kalau tengah bersemangat..15 jam sehari pun sanggup menghadap..😅

Kalau iklan tak berkesan, kita mula down.. Sebulan tak buat marketing 😂😂

Jangan itu macam kawan.. Marketing dan educate prospek perlu konsisten.. 

Prospek ambil masa untuk percaya dan ingat produk dan brand kita..

Kalau kita buat bisnes dan marketing ikut mood, rasa prospek ada mood nak beli dari kita?

Lagi satu, banyakkan berkongsi dari menjual.
kita nak jadi Expert atau Salesman?

Kalau nak jadi Expert, rajinkan diri untuk berkongsi berkaitan bidang anda.

Consistent is the key.

Ramai usahawan yang nak tahu bagaimana teknik marketing berkesan.

Ada yang free, ada yang berbayar.

Jika free biasanya perlu guna lebih masa dan tenaga.

Jika berbayar lebih cepat dan boleh kira Return on investment.

Kalau kami tunjuk step by step untuk buat iklan fbads yang dapat respon segera berminat?

Ni teknik otai Internet Marketing..

Marketing bukan perbelanjaan, marketing adalah pelaburan.

Tiada magic dalam marketing.

Yang penting ada ada keinginan untuk buat dan suka lihat hasil.

Jika anda bersedia untuk melabur dan belajar marketing boleh belajar dari FbInstantSales ini.

Ada dapat manfaat?

Jemput share 😊

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih 50 cawangan termasuk Tuisyen, al-Quran, tadika dan sekolah swasta di seluruh Malaysia dan UK. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Apa Yang Penting Dalam Fasa Pengembangan Bisnes?

Terkadang seseorang Usahawan merasakan mereka adalah terbaik dalam membuat suatu tugasan lantas mereka risau untuk ...