Malaysia Memerlukan 270 000 Pelajar SPM Yang Mengambil STEM Berbanding 90 000 Sekarang Ini

Menurut Protal Free Malaysia Today, Malaysia memerlukan 270, 000 Pelajar SPM yang mengambil STEM (Sciennce Technology Engineering Maths) setiap tahun berbanding 90 000 pelajar sekarang ini.

Dalam usaha memantapkan pendidikan STEM di sekolah rendah dan menengah rendah, mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi diperkenalkan.  Melalui mata pelajaran ini murid akan mempelajari  proses mereka bentuk  melalui penggunaan teknologi yang secara tidak langsung dapat membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid. Manakala di peringkat Menengah Atas pula,  beberapa mata pelajaran Elektif Ikhtisas yang berasaskan STEM iaitu Asas Kelestarian, Sains Sukan, Sains Rumah Tangga, Pertanian, Rekacipta, Prinsip Perakaunan, Sains Komputer  dan Grafik Komunikasi Teknikal ditawarkan. Di samping itu mata pelajaran berasaskan Kejuruteraan juga diperkenalkan di Sekolah Menengah Teknik.  Penawaran mata pelajaran elektif berasaskan STEM peringkat menengah atas adalah bertujuan untuk mendedahkan murid kepada haluan kerjaya dan seterusnya menanam bakat serta menarik minat kepada kursus berasaskan STEM di peringkat yang lebih tinggi.

Pembelajaran berasaskan projek merupakan ciri utama bagi mata pelajaran berasaskan STEM.  Projek yang dilaksanakan adalah pengaplikasian kepada kehidupan harian dalam penyelesaian masalah dan merupakan integerasi daripada pemahaman prinsip sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

stembuatkeretacmn3

Bagi kurikulum mata pelajaran sains dan matematik pula unsur aplikasi harian dan teknologi dalam kandungan, pentaksiran dan pendekatan telah dimuatkan dalam KSSM dan KSSR. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah melalui inkuiri, penyelesaian masalah dan kerja projek bagi menarik minat murid serta pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Murid didedahkan dengan perkara/isu konteksual dalam kehidupan harian, alam sekitar dan masyarakat tempatan mahu pun global. Dengan demikian murid dapat mencari maklumat dan menggunakan design thinking dan computational thinking dalam menyelesaikan masalah atau mereka cipta sesuatu produk yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh guru.

Pada masa kini, sekolah bekerjasama dengan pihak universiti, badan berkanun dan industri dalam meningkat dan memperkukuhkan pendidikan STEM negara. Contoh-contoh program yang dilaksanakan ialah Program Mentor–Mentee bersama IPTA, Inquiry Based Science Education (IBSE) bersama Akademi Sains Malaysia dan Teachers TryScience bersama IBM Malaysia.

Sekian, terima kasih.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sumber DI SINI

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Tutor Ini Ada Cara Menarik Untuk Aplikasi KBAT & Teknik ‘Problem Solving’

Dalam Pembelajaran Abad Ke-21 ini, para pendidik tercari-cari apakah teknik dan pendekatan yang sesuai untuk ...