Mahasiswa Melabur Pusat Tuisyen RM55K

Saya kagum dengan semangat seorang anak muda ini. Saya perasan darah usahawan yang mengalir deras dalam dirinya. Merupakan mahasiswa di sebuah IPTA, dengan berbekalkan pengalaman dalam menguruskan home tuition selama beberapa tahun, sedang merancang untuk setup sebuah Pusat Tuisyen dan Transit (2 tingkat) dengan kos renovasi sebanyak RM55k.

Alhamdulillah, sempat memberi cadangan sebelum beliau melabur dengan kos yang agak tinggi tersebut supaya survey terlebih dahulu beberapa Pusat Tuisyen yang ingin dijual dengan harga yang jauh lebih murah dan boleh terus dimulakan. Ini lebih menjimatkan wang, masa, tenaga dengan sistem dan pelajar yang sudah sedia ada.

coach mohd noor

Cadangan beliau untuk memulakan operasi Pusat Tuisyen pada pertengahan tahun juga memang satu tindakan yang berani dan memerlukan usaha yang amat luar-luar biasa..

Selepas memberikan beberapa cadangan serta strategi dan melihat jangka masa panjang, beliau bersetuju untuk memikirkannya perancangannya semula serta review kontrak yang menawarkan guarantee return kepada pelaburnya.

Apa pun mulakan dengan apa yang di tangan dengan menggunakan Konsep Lean Start-up. Elakkan membuat pinjaman bagi memulakan bisnes. Hanya jika bisnes tersebut sudah berjalan dan ingin dikembangkan lagi, barulah kaedah pinjaman bisnes sesuai untuk dipertimbangkan.

Saya percaya hanya pelaburan scam sahaja yang berani memberikan guarantee return. Dalam bisnes tiada benda yang pasti. Cuma dengan ilmu, risiko dapat dikurangkan.

Berani dengan berilmu dan bersistem, ia lebih terjamin.

Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk menyusun kembali perancangan beliau.

p/s: Jika anda berminat untuk mendapatkan COACHING (Bernilai RM500) secara PERCUMA untuk memulakan atau membantu menyelesaikan isu Bisnes Tuisyen
anda, boleh klik DI SINI.

Semoga dapat memberi manfaat kepada lebih ramai insan di luar sana, insyaAllah

Mohon like & share untuk manfaat bersama.

‘YAKIN SEBELUM BERJAYA’

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Ingin Kenal Lebih Lanjut Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018?

Adakah anda seorang Tutor, Pendidik atau seorang Usahawan Pendidikan atau anda berminat menceburi bidang yang ...