Kisah Seorang Ibu Yang Sanggup Mengajar Anaknya Sendiri

Kisah seorang ibu yang menginspirasikan..

Beliau yang tinggal di Seremban dan bekerja di sebuah institusi kewangan bertaraf antarabangsa bergaji lumayan di KL ini sudah bertahun-tahun bekerja keluar dari awal pagi sehingga malam.

Sehingga pada suatu ketika, beliau perasan tentang sesuatu yang berlaku pada prestasi akademik anak beliau sehingga beliau mengambil keputusan untuk mengajar anak beliau sendiri terutamanya subjek English.

Alhamdulillah anak beliau menunjukkan peningkatan sehingga disedari oleh gurunya.

Kemudian, beliau terfikir untuk membuat Kelas Tuisyen khas untuk Subjek English. Pelajar beliau ada yang lemah subjek tersebut namun mengalami perubahan apabila tuisyen dengan beliau.

Semangat beliau kian berkobar-kobar dan saya dapat melihat yang beliau memang ada passion dalam bidang pendidikan.

Beliau suka menggunakan teknik yang kreatif dalam mengajar dan setuju dengan pendekatan yang digunakan dalam Modul Funtastic.

Beliau jaga sedang memikirkan tentang work life balance dan minat beliau dalam bidang tuisyen ini.

Saya berkongsi apa yang saya tahu tentang dunia Tuisyen di Malaysia dan alhamdulillah suami beliau yang mempunyai pangkat dalam PDRM sangat menyokong usaha beliau.

Mohon doakan agar Puan Rafidah berjaya dalam perjuangan beliau serta minat beliau dalam bidang pendidikan ini diberkati dan dipermudahkan Allah.

Yakin Sebelum Berjaya, InshaAllah Berjaya 😃

Berminat menjadi Usahawan Tuisyen bersama CMN?

Jemput baca Usahawan Tuisyen Berjaya

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths). Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulakan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Kenapa Pentingnya Tutor Ada Personaliti Yang Menarik?

Apa kata Cikgu Khairah Husna mengenai Simposium Tutor Profesional Malaysia? Ikuti video ini..     ...