[Kisah Inspirasi Ms Suri Hati Pusat Tuisyen] ‘Bila Allah Buka Hati Kita Untuk Meminta….

Dua tahun lepas, saat saya memutuskan untuk mula ‘membina’ empayar sendiri, saya pernah berada dalam dilema. Tidak tahu bidang mana yang harus diceburi. Sasau sendiri mencari passion dan jati diri. Pada saat itu, diri sebenarnya telah lama berkhidmat sebagai pendidik di salah sebuah sekolah di Kuantan, Pahang.

Bertahun-tahun selesa makan gaji, akhirnya saya memutuskan diri perlu berhijrah. Cabar diri dan keluar dari rasa selesa, perlu mula bina empayar sendiri, tidak mahu selamanya makan gaji. Jiwa saya memberontak bila hampir sedekad melalui rutin yang sama.

Tiada cabaran, tiada kemajuan, tiada kepuasan. Sungguh, saya memang sangat mudah jemu!

Sehinggalah pada awal 2015, saya mengambil keputusan untuk berhenti. Setahun saya istikharah dan berdoa-sekiranya bekerja sendiri lebih baik, boleh jadi ladang pahala, maka mohon Allah mudahkan jalan ke arah itu.

Pada waktu itu, pihak sekolah sendiri telah menolak permohonan saya. Salah satu alasan mereka, saya belumpun memulakan apa-apa perniagaan.

Pesan Tuan CEO yang budiman pada waktu itu, mulakan dahulu, dah kukuh baru bincang kembali tentang niat untuk berhenti.

Rasa tercabar dan rebel tahap super saiya, akhirnya membuatkan saya memutuskan untuk memulakan perniagaan. Drastik. Tak fikir panjang.

Memang siap siaga nak meredah. Berbekalkan modal seciput dan pengalaman seinci semata, saya memulakan proses renovasi premis.

Pada waktu itu, saya betul-betul ‘gamble’. Modal banyak habis untuk kos renovasi. Premis yang saya ambil itu dahulunya café siber, maka memakan kos yang agak tinggi untuk besar-luaskan premis, agar sesuai dengan konsep bisnes. (Oh, ini premis sendiri ye, sebab tu boleh suka hati besarkan. Hehe.)

Dalam kepala, nekad nak buka pusat tuisyen, untuk kumpul modal bagi memulakan bisnes seterusnya.

Memang tiada dalam visi misi nak berada dalam bidang tuisyen lama-lama. Tak nampak potensi. Huhu.

Selesai proses renovasi dan dekorasi, saya hilang arah.

Tidak tahu bagaimana nak mula. Nak cari pelajar tak tahu macam mana, sebab waktu tu dah bulan Mei.

Ada ke orang nak daftar tuisyen di bulan Mei yang bahagia ni? Huhu.. Maka, fikir punya fikir, diputuskan untuk anjurkan kem cuti sekolah selama dua minggu.

Konsep kem, modul semua buat sendiri. Sebab waktu tu fikir untuk tampil berbeza. Tidak mahu modul yang terlalu cliché. Tiada cabaran. Huhu. Bersama sahabat baik, saya mula mengiklankan perkhidmatan kami.

Waktu tu tak berani ambil ramai peserta. Meja dan kerusi pun belum banyak di premis. Alhamdulillah, program mendapat sambutan. Kami tampil berbeza. Modul dua minggu, hafal hadis, surah lazim, siap ada beberapa modul masakan untuk si cilik, selain aktiviti outdoor-explorace, waktu qailulah pun ada ye dalam modul tu!

Peserta memang wajib tidur! Untung juga, premis Genius Atfal (GA) memang diluarnya luas, siap ada pantai. Waktu hafalan pun memang dilaksanakan di luar premis. Tak main la ngafal bawak kipas. Kami ngafal bawah pohonan nyiur nan melambai, ditemani deruan ombak yang membelai ye.

Cabaran pertama berjaya. Dah nampak jalan dan peluang, boleh jika nak mulakan tuisyen. Tapi waktu tu, dalam perancangan saya, tuisyen memang sebagai ‘batu loncatan’ sahaja.

Saya mengimpikan premis GA direnovasi kepada sebuah café, lengkap dengan perpustakaan dan butik. Meja-meja dihias indah dan diletakkan di kawasan pansir pantai. Ala-ala café di Maldives gitu! Nama pun dah fikir, BooktiqueCafe. Nampak tak, betapa impian tinggi melangit. Ala, percuma je kan berangan. Ape kesah.

Ogos 2015, tanpa berfikir panjang, saya mendaftarkan diri untuk kelas masakan. Tiga hari. Kebetulan waktu tu cuti Merdeka.

Gigih belajar memasak.

Sebelum tu memang dah pernah sertai kelas baking-kek dan biskut. Kali ni untuk modul masakan barat dan timur tengah. Waktu tu senyum lain macam, rasa macam dah hampir je saat untuk miliki café sendiri. Perasan tak sudah. Haha.

Balik kelas masakan, saya mulakan bisnes delivery FnB, menu western. Tak sangka pulak orang nak beli, sebab chefnya biasa-biasa aja.

Permintaan tinggi untuk Spagheti Aglio Olio dan Chicken Wrap. Kepala ni memang jenis nak rare je kerjanya, semua menu saya hipsterkan! Sempat juga la sertai jualan di beberapa karnival. Hasil pada waktu sangat memberansangkan.

Selepas beberapa bulan, rasa penat dengan sistem delivery. Waktu tu dah agak huru hara dengan order, sampai adik-anak buah semua dikerah membantu. Buat perkara yang sama-ambil order-masak-delivery, buatkan saya rasa jemu.

Penat pun ye.

Bidang FnB, hasil memang lumayan tapi saya penat.

Waktu tu tiada sistem ambil pesanan dan sebagainya.

 

Akhir 2015, rehat sebentar daripada kepenatan memasak, saya teruskan dengan pusat tuisyen. Selepas hampir lima bulan saya biarkan premis GA kosong!

Waktu tu nampak potensi demi potensi program cuti sekolah. Laju lagi ligat je minda dan indera bersinergi. Lahirlah modul intensif Super Pecutan.

Kami tawarkan selama dua minggu. Sambutan luar biasa, sampai saya putuskan untuk sambung dengan modul advance, juga dua minggu.

Waktu tu senyum dah lebar selebar-lebarnya. Seronok rupanya. Masa dan kudrat pun tak perlu dikerah sepenat di bidang FnB. Makam berniat untuk meredah dan tawarkan tuisyen bagi sesi 2016.

Akhir Disember, saya nekad sekali lagi mengajukan permohonan berhenti. Waktu tu, saya memang tak boleh di sekat-sekat dah, sebab kuasa redah dan jiwa kental mengatasi segalanya.

Pihak sekolah dah tak boleh cakap apa, semua saya soalan dan alasan saya tepis siap-siap. Hehe. Perkhidmatan saya bakal berakhir pada Mac 2016.

Orang lain bersedih, tapi saya gembira. Seakan satu beban berat telah hilang. Saya perlu pergi, bukan sebab sudah tiada cinta di hati (chewahh), tapi saya perlu mulakan langkah untuk kembangkan empayar.

Saya ada matlamat yang cukup jelas waktu tu, walaupun modal tak berkepuk macam orang lain. Alahai, jiwa rock kapak betul,kan!

Beberapa hari sebelum berakhirnya Disember, saya mula merangka dan merancang strategi. Waktu itu, saya dibantu oleh seorang mentor, iaitu Sifu Firdaus.

Saya masih ingat cabaran beliau-SAYA HANYA BOLEH BERHENTI SEKIRANYA BERJAYA CAPAI 10K.

Beliau beri masa TIGA BULAN

untuk saya buktikan. Sekali lagi saya rebel, tercabar yang amat.

Dengan bimbingan beliau, saya mulakan marketing gila-gila, dengan bajet ciput sampai akaun pun defisit. Merata cari duit untuk dijadikan modal.

Dapat bonus, semua labur untuk marketing.

Sedangkan, sebelum tu dah plan nak upgrade handphone. Nekad membuatkan diri lupa sekejap tentang kehendak sendiri. Hehe.

 

Sungguh, saya tidak tahu dari mana ibu ayah datang, daftar dan daftar, sehingga jumlah pelajar mencapai hampir 200 pada pertengahan Januari.

Waktu tu saya dengan selamba tawarkan kelas percuma. Padahal duit tak de, tau. Haha. Nak bayar gaji tutor memang tunggu gaji sendiri masuk dulu (gaji sebagai guru sekolah). Hidup saya huru-hara kuasa lima waktu tu.

Isnin hingga Jumaat bekerja, Sabtu dan Ahad menguruskan pusat tuisyen.

Macam slim kejap waktu tu, sibuk kalah guru besar sekolah gayanya. Hahaha. Waktu tu, yang ada di tangan 24 jam, buku rekod pendaftaran dan aktiviti GA.

Sampai satu detik, hati diselubungi rasa berdosa. Jasad di sekolah, tapi hati sentiasa fikirkan GA. Angau! Setiap masa yang keluar dari mulut hanya GA.

Masuk kelas, mengajar macam biasa dan bergegas keluar sebab tahu akan ada banyak miscall dan pm yang tak berbalas. Waktu tiada kelas, kerja melayan panggilan klien.

Jari cramp ye waktu tu. Macam Parkinson pun ye kejap. Haha! Lari solo tau waktu tu! Serius, saya tak tahu dari mana mereka tahu tentang GA.

Seingat saya, sebelum saya mulakan marketing, saya terdengar video DAO tentang strategi marketing. Apa yang sangat menarik perhatian, DAO beritahu, yang berkuasa gerakkan mata dan hati orang nak tengok banner-banting-flyers kita, CUMA ALLAH.

Kalau Allah tak redha, gantunglah 1001 jenis iklan sekalipun, orang takkan tengok. Waktu tu, cara doa saya berubah.

Pergantungan pada Allah, cara meminta macam nak keluar pi perang dan tak tahu akan balik ke tak. Setiap kali saya gantung atau minta orang gantung banner-banting, memang tak putus berdoa.

Jampi serapah, fuh-fuh-fuh! Tu belum bab saya paksa ibu saya doa, siap minta beliau sebut satu-satu yang saya nak capai, figure yang saya mahu. Hehe.

Januari, saya berjaya melepasi cabaran tuan sifu. YES!

genius-atfal-pusat-tuisyen-3
Pada waktu itu saya juga dah submit doa, nak seorang staf.

Wajib perempuan. Tak pandai tak pe, janji rajin. Pun Allah mudahkan!

Dapat staf pakej lengkap-cepat belajar, rajin, sangat taat. Hehe. Awal Februari juga, saya sekali lagi mengajukan permohonan kepada pihak sekolah untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal sebulan. 11 Februari.

Alasan saya kukuh, saya sudah tidak fokus dan waktu itu jiwa saya sebal, dihambat rasa berdosa sebab sudah mula ‘curang’.

Masa, fokus, fikiran dah tak macam dulu. Officially, saya melangkah keluar dari Irsyad pada 11 Februari 2016. Sedih dalam lega.

Semangat bagai dipacu 1001 stallion waktu tu.

genius-atfal-pusat-tuisyen-4

Akhirnya, setelah saya rasa cukup selesa dengan pendapatan dan pencapaian GA, sekali lagi saya mula bosan.

Tak fikir panjang, saya daftarkan diri untuk ikuti seminar Sifu FbAds dan Roket Emel. Tak fikir panjang juga, TERDAFTAR untuk IMPI, dengan kos yang tidak sedikit.

Duti tak cukup pun, tapi yakin amat boleh cari sampai cukup! Haha. Kan dah cakap, jiwa rock kapak!

 

Mac, fokus saya beralih kepada cinta baharu-Guzel.

Nak jugak pangkal dimulakan dengan huruf G. Dah seghupa cari nama anak. Pangkal nak kena sama, sebutan dan maksud kena molek.

Hadoi. Waktu tu, kos yang tidak sedikit, saya laburkan untuk Guzel. Rasa macam GA ni tak boleh jadi empayar waktu tu. Kesian betul. Selepas tiga bulan kot, saya bosan lagi. Asyik buat perkara sama-ambil order-design-cari tailor-train agen dan dropship-cari material-pos barang.

Itu bukan jiwa saya. Saya sedar akhirnya, jiwa saya cuma gemar membeli, bukan produce. Oh ya, Februari, Allah temukan saya dengan Sifu Saiful yang sangat banyak membantu. Sangat banyak!

Mei 2016, saya kembali ke pangkuan GA.

Setelah sekian lama membiarkan GA tanpa pantauan.

Mujur, ada Afifah yang setia. Sungguh, tak terhitung jasa beliau! *nangis* Masuk ofis, perkara pertama saya buat, lihat kewangan GA. Nak terduduk, hutang 10k.

Walaupun banyak macam tu hutang, akaun kami belum defisit. Maka, saya masih rasa selesa, tapi selesa tu dah tak sama macam dulu.

Saya mula mencari. Siapa yang boleh bantu saya uruskan GA agar lebih sistematik. Hinggalah, Allah temukan dengan profil FB Tuan Mohd Noor pada 10 Jun. Sebelum ni dah selalu juga tengok, tapi bila dah busy beliau dah tak de dalam ingatan. Huhu.

Dengan selamba, saya pm dan mohon untuk berguru dengan beliau.

Tapi tak yakin pun. Sehinggalah pada tarikh 12 Julai, GA secara rasmi mengikuti coaching bersama CMN Education Group.

Saya ingat, usai konsultansi pada 11 Jun, pesanan Tuan Mohd Noor yang saya takkan lupa-Untuk berkembang, tak perlukan premis banyak dan gah pun.

Bahkan, jika tiada premis sekalipun saya masih boleh berkembang pesat.

Tak faham pun waktu tu. Rebel. Sebab dalam roadmap GA, November saya mesti dah ada cawangan!

Cawangan, itu penanda aras bahawa GA berkembang!

 

Selepas menjadi warga CMNEG, saya tak mula terus.

Tiap-tiap hari saya mulakan hari dengan mengadap laptop dan dok dengar bebelan Tuan Mohd Noor melalui rangkaian video STM. Sungguh-sungguh betul waktu tu, sampai mak pun cakap dengar ceramah apa sampai macam tu punya khusyu’, siap salin nota, dengan muka berkerut 1000 nak hadamkan setiap inci ungkapan beliau.

Niat saya cuma nak belajar untuk uruskan pusat tuisyen. Home tuition ni saya tak nak buat pun. Tak tahu kenapa kena buat. PT cukup la kot. Kan nak ada cawangan, kan..kan..kan..

21 Julai, selepas 8 hari setia explore setiap inci modul STM, barulah saya mulakan. Eh, tapi tetiba pulak nak laksanakan Home Tuition.

Ni tak lain tak bukan, dah ditanam dengan doktrin STM. Rela je la.. Bulan pertama sahaja, sambutan luar biasa. GA ni memang dah ada tribe, maka tidaklah sesukar mana kami nak dapatkan klien. Waktu tu, saya da ubah roadmap GA. Dah nampak sket boleh pi jauh dengan tuisyen.

Nampak potensi tuisyen asrama juga, Mac 2017 nak mula. Nak jugak! Tapi dah tertulis rezeki GA, akhir Ogos ada sebuah pihak sekolah berasrama hadir menyunting, dan kami tanpa segan silu menerima dengan hati terbuka.

Maka bermulalah empayar bilis GA-pusat tuisyen-home tuition-school tuition. Waktu tu skrip doa saya dah berubah. Kalau sebelum tu skrip yang diratibkan-mohon Allah temukan dengan bisnes yang sesungguhnya boleh beri kebaikan dunia dan akhirat, waktu awal September skrip dah lain-mohon Allah mudahkan urusan GA untuk berkembang dan beri manfaat pada orang lain, dan supaya Allah hadirkan insan-insan baik yang boleh sama-sama bantu saya kembangkan GA. Satu demi satu, Allah memudahkan.

Saya, masih dengan konsep diri yang kepala batu, suka redah, fikir tak habis tapi kaki dah jalan.

genius-atfal-pusat-tuisyen-2

Kini, kalau orang tanya misi visi hidup dan matlamat akhir saya, jawapan memang ada berkait dengan tuisyen.

Fikir jugak nak realisaikan Booktique Café tu, tapi sebagai revenue stream GA je. Dah tak sasau macam dulu dah. Hehe. Saya juga tak tahu, kenapa GA juga selalu menjadi rujukan dan banyak soalan-soalan ditanya, bagaimana saya meneraju GA.

Saya tiada jawapan spesifik. Sungguh, kami sama je macam orang lain. Bilis je kami ni. Tapi kan, dah orang tanya takkan nak cakap tak tahu. Ye dak? Maka kami ‘goreng’ aje lah! Hehe.

Serius, mungkin konsep redah dan jiwa kering saya kot yang menyebabkan GA boleh selaju ini. Laju ke ek? Entahlah. Saya selalu rasa ‘masa’ saya dah banyak terbuang, dan bakinya cuma sangat sedikit untuk saya mengumpul bekal.

Saya melihat GA kini sebagai batu loncatan untuk saya mengumpul saham-saham untuk di bawa pulang ke negeri abadi. Sebab tu, bila saya dah yakin bidang tuisyen ni memang berpotensi, saya tak tunggu lagi dah. Istikharah, doa dan terus buat je selain tawakkal. Ada orang tanya macam mana nak jadi hati kering? Alamak, saya tak tahu.

Tapi wallahi, saya sendiri telah melalui banyak kisah-kisah pahit yang akhirnya membentuk jiwa kering saya ni. Huhu…

Satu benda yang saya pegang sampai kini, yang saya dengar melalui ceramah Ustaz Iqbal Zain-BILA ALLAH BUKA HATI KITA UNTUK MEMINTA, SEBENARNYA ALLAH JUGA SUDAH LAMA SEDIA UNTUK MEMBERI. ALLAH TIDAK AKAN BIARKAN TANGAN KITA BERTADAH TADI BERLAMA-LAMA KOSONG TANPA DIA MENGISINYA.

Doa! Ya, doa sungguh-sungguh.

Perincikan setiap doa. Setiap kali saya doa, roadmap saya ada bersama saya. Dengan sungguh-sungguh, mintalah dan mengadulah hanya pada Allah.

Sepanjang ‘larian solo’ saya bersama GA, itu salah satu yang saya buat. Adab berdoa, mesti rasakan kita memang hinadina dan memang tak punya apa-apa, hanya si kerdil yang mengharap belas ihsan Allah untuk terus melangkah.

November 2016, GA masih belum bernafas lega. Masih banyak lompong sana-sini yang harus diperbaik. Namun, dalam perjalanan ini, kini saya tidak lagi sendiri.

Ada CPM nan berempat, dan ada partner yang sedia menemani. Semoga, keputusan menerima mereka berlima dalam GA merupakan keputusan terbaik. Saya tidak baik, tapi dengan adanya mereka berlima, menyebabkan langkah dan arah saya menuju ke arah kebaikan. Terima kasih!

pusat-tuisyen-genius-atfal-azlinda-mahari

Ms Azlinda Mahari

Founder ‘Fun Hub Learning’ Genius Atfal

p/s: Ingin membina Legasi sebagai Tutorpreneur? Serta kami sebagai Tutor & Tutorpreneur Profesional

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Tak Sampai Hati Lihat Anak Masih Belum ‘Improve’ & Mungkin Ketinggalan Dalam Pelajaran? Home Tuition Kami Boleh Bantu Anda!

ANDA TAK SAMPAI HATI LIHAT ANAK MASIH DITAKUK LAMA & MUNGKIN KETINGGALAN DARI PELAJAR LAIN? ...