[Kisah Inspirasi] Dari Seorang ‘Engineer’ Kepada Pengusaha Pusat Tuisyen

KISAH INSPIRASI BAGAIMANA DARI SEORANG ENGINEER ‘TRANSFORM’ KEPADA OWNER PUSAT TUISYEN TERBONGKAR!

Temubual bersama Cikgu Mohd Azman Bin Mohd Nor, Pengasas Pusat Tuisyen Alfa dan Trainer Bengkel FastMaths yang lejen.

Profil Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2017

Azman Mohd Noor
Topik: “Bagaimana Tutor Mengurus Cabaran Zaman Milenium”

Mengambil jurusan dalam Sains Gunaan (Applied Science) UiTM Shah Alam. Beliau mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang Tuiysen lebih dari 10 tahun di peringkat rendah dan menengah. Antara subjek-subjek yang pernah beliau mengajar adalah subjek Add Maths, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Geografi dan Sains.

freeschool

Pengalaman mengajar dan minat mendalam dalam dunia pendidikan mendorong beliau untuk mengasas Pusat Tuisyen Alfa (2007) dan Program FastMaths (2016) baru-baru ini telah mendapat sambutan menggalakkan.

Bersama team FastMaths beliau dan team telah dijemput temuramah oleh RTM bagi mengisi slot dalam program Do-It yang bersiaran di TV1.

Bagi memeriahkan lagi industri pendidikan negara, beliau akan membentuk satu team pembelajaran secara Virtual atau atas talian bg memberi perkhidmatan pilihan kpd ibubapa.

Beliau juga merupakan Pegawai Pendidik yang diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) untuk beberapa penggal yang lalu sehingga kini.

Cikgu Azman juga bergiat aktif dalam menjayakan seminar dan bengkel serta program Tuisyen Rumah Amal & Asnaf dibeberapa tempat.

Selain itu beliau juga banyak menganjurkan Seminar dan Bengkel berkaitan pendidikan seperti program PECUTAN AKHIR dimana menumpukan strategi- strategi dan teknik- teknik yang perlu dikuasai oleh pelajar samada di peringkat Rendah mahupun Menengah.

Antara lokasi- lokasi yang menjadi tumpuan beliau adalah di Sekolah- sekolah, di univesiti tempatan seperti UKM, UiTM, UniKL, dan lain-lain tempat lagi.

Info lanjut mengenai Simposium Tutor Profesional Malaysia di www.tutorprofesional.com/stpm

Dengarkan perkongsian beliau dalam video Temubual Eksklusif ini:

– Mengapa beliau memulakan tuisyen walaupun pernah menjadi engineer pada suatu masa.

– Sesi tuisyen pertama dijalankan untuk anak-anak kampung di rumah beliau yang datang ‘berduyun-duyun’ 

– Bagaimana beliau memulakan Pusat Tuisyen dengan hasil tunjuk ajar ‘sifu’ beliau.

– Apakah cabaran dan pengalaman manis beliau sepanjang dalam bidang tuisyen..

– Pernah mendapat 500 pelajar dengan marketing offline sahaja!

– Apakah cabaran sebagai tutor dan usahawan tuisyen pada masa akan datang yang perlu dihadapi oleh kita semua..

Jemput tonton dan share untuk manfaat bersama 

 

p/s: Cikgu Azman bakal beraksi di #STPM2017. Jumpa di Simposium Tutor Profesional Malaysia 

#STPM2017
#TheRiseOfMilleniumTutors

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih 50 cawangan termasuk Tuisyen, al-Quran, tadika dan sekolah swasta di seluruh Malaysia dan UK. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

bengkel pelajar spm, teknik belajar fizik physics techniques

[Kisah Inspirasi] Dari Mengajar Tuisyen Selepas SPM Kepada Menjalankan Bengkel Physic-O-Therapy

Temubual Eksklusif Bersama Cikgu Ajwad Ghali, Pengasas Physic-O-Therapy (POT). Siapa Cikgu Ajwad Ghali?   Profil Cikgu ...