Mengapa Ibu Bapa Perlu Memilih Servis Tuisyen Anda berbanding Yang Lain?

APAKAH YANG ‘BEST’ TENTANG TUISYEN ANDA?

Bagaimana ingin mengelakkan atau mengurangkan persaingan dalam bisnes tuisyen?

Bisnes anda sudah mempunyai USP (Unique Selling Proposition)?

Apakah USP itu?

USP ialah keunikan yang ada pada bisnes anda dan tiada pada bisnes lain.

Mudahnya, jika pelanggan bertanya,

unique selling proposition

Jika anda sebagai usahawan boleh menjawab ia dengan senang hati, maksudnya bisnes anda mempunyai USP tersendiri 🙂

Nak contoh?

Cuba teka apakah brand yang menggunakan tagline USP ini?

“Fresh, hot pizza delivered in 30 minutes or less, guaranteed.”

 

Bagi membezakan dan menonjolkan perkhidmatan anda, anda perlu memikirkan sesuatu yang berbeza dan unik berbanding perkhidmatan orang lain. Ini akan membuatkan klien sentiasa mencari-cari anda disebabkan kelebihan tersebut.

Ada yang membezakan perkhidmatan mereka dengan memberikan pakej diskaun apabila klien mengambil banyak subjek.

Ada yang memberikan kelas tambahan secara percuma kepada klien tuisyen mereka atau sebaliknya.

Contohnya, mereka berpeluang untuk hadir program-program berkaitan akademik, dan program motivasi tertentu secara percuma atau dengan mendapat diskaun. 

unique selling proposition

Boleh juga dengan modul pembelajaran yang menarik 🙂

Screen Shot 2016-05-17 at 1.59.29 PM

Selain itu, boleh dengan memberikan lebih masa setiap kali kelas dijalankan. Contohnya, pada awalnya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membuat satu sesi selama 1 jam. Disebabkan oleh tutor tidak berkira, yang penting pelajar tersebut mendapat impak yang optimum, maka masa tersebut melebihi 1 jam dan ia tidak dikira dalam bil.

Kesannya, klien akan melihat tutor tersebut memberikan perkhidmatan yang luar daripada kebiasaan dan berkemungkinan mereka akan menambah subjek lain atau mengesyorkan perkhidmatan tutor tadi kepada kenalannya. Itulah yang dipanggil ‘mouth to mouth’ marketing.

Jadi, anda pasti mempunyai kelebihan sendiri berbanding orang lain, oleh itu gunakanlah ia untuk menjadi ‘senjata’ terhebat anda bagi memberikan perkhidmatan pembelajaran yang terbaik kepada pelanggan anda.

Untuk memahami lebih lanjut untuk kembangkan bisnes pendidikan, boleh sertai Tutor Profesional seluruh Malaysia

‘Beyond Your Expectation’

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths). Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulakan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Kisah Inspirasi Seorang Engineer ‘Transform’ Kepada Owner Pusat Tusiyen Terbongkar!

KISAH INSPIRASI BAGAIMANA DARI SEORANG ENGINEER ‘TRANSFORM’ KEPADA OWNER PUSAT TUISYEN TERBONGKAR! Seperti yang dijanjikan.. ...