Kelebihan Menggunakan Strategi Syarikat Holding Dalam Bisnes

Syarikat holding adalah syarikat pegangan perlaburan. Ia merupakan syarikat Sdn. Bhd/Bhd.

Antara kelebihan syarikat holding:

1) Boleh mengembangkan perniagaan.

Syarikat Holding berkembang dengan mempunyai saham – saham dalam banyak anak – anak syarikat. Syarikat Holding juga menjana pendapatan melalui anak – anak syarikat.

2) Dapat mengurus risiko.

Sekiranya berlaku kegagalan dalam salah satu anak syarikat, Syarikat Holding mempunyai jalan keluar dengan menutup anak syarikat yang gagal sahaja.

3) Menjadi ‘kesukaan’ bank.

Syarikat Holding merupakan sebuah syarikat yang kukuh pada pandangan bank. Syarikat Holding boleh membeli aset.

4) Kelebihan cukai

Segala perbelanjaan operasi dan perbelanjaan ahli lembaga pengarah boleh diklasifikasikan sebagai perbelanjaan syarikat. Oleh itu, cukai syarikat dapat dikurangkan.

 

GREAT VALUES = GREAT COMPANIES

Kajian menunjukkan syarikat-syarikat besar yang telah wujud ratusan atau puluhan tahun mempunyai ‘purpose’ yang lebih besar berbanding ‘profit’ semata-mata.

Apakah yang boleh kita bantu atau sumbangkan kepada agama, ummah, masyarakat, negara?

Core values atau nilai yang ada pada syarikat ini yang akan menyebabkan mereka akan sentiasa valid walaupun di kala naik mahupun turun.

Apa yang diperolehi akan disumbangkan semula kepada komuniti.

Legasi yang membina ini akan ditinggalkan walaupun pengasasnya telah tiada.

Bak kata Pakcik Peter Parker (Spiderman)

‘With the great power comes the great responsibility’

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

10 Tip Ulung Bagi Memulakan Langkah Sebagai Tutor Tuisyen

Anda tidak semestinya mempunyai diploma mahupun ijazah dalam bidang pendidikan untuk mengajar tuisyen. Jadi bagaimana ...