Kaedah ‘Storytelling’ Yang Berkesan Dalam Pembelajaran Sains

Ini Anwar…

Ibunya request dengan team kami untuk bantu beliau dalam beberapa subjek..

dan salah satunya adalah SAINS.

Anwar ini jenis pelajar yang suka melihat dan berimaginasi , jadi tutor kami gunakan kaedah#visual#imagination dan #story telling bagi membantunya memahami setiap topik dengan lebih ‘friendly’..

Ini kisah bagaimana Anwar fahami PROSES FOTOSINTESIS👇👇👇👇😊😊😊🌻🌻🌻.

=============

Anwar & Pokok adalah sahabat baik. 😃

Mereka saling bantu membantu.

Setiap hari Anwar akan memberikan hadiah kepada Pokok (Karbon Dioksida). Kata Anwar,” Karbon dioksida akan membantu pokok untuk membuat makanan”.

Pokok sangat gembira dengan kebaikan anwar dan demi menghargai Anwar, pokok akan memberikan Anwar makanan ( kanji) dan Oksigen supaya Anwar dapat bernafas dengan baik.

Selain dari Karbon dioksida, kata anwar, “pokok juga memerlukan cahaya matahari dan juga air”. Jadi setiap hari ibu akan menyiram air pada pokok dihalaman rumah ( tempat yang ada cahaya matahari) sebelum dia pergi bekerja.

Alkisah ini adalah tentang bagaimana Anwar dan pokok mendapat faedah dari proses yang dipanggil fotosintesis.

Tammat 😌

Kisah anda bagaimana pula? 😉

===============

Fotosintesis adalah proses tumbuhan membuat makanan.

🌹 🌳🌲🌴 Tumbuhan memerlukan 🌞‘matahari’ , 💧‘air’ dan gas 💨 ‘karbon dioksida untuk menghasilkan makanan ‘kanji’ dan 🅾‘oksigen’.

Untuk info lanjut mengenai Home Tuition di seluruh Malaysia boleh hubungi 011-32742922

#HomeTuitionMalaysia
#HomeTuitionJohorBahru
#BeyondExpectation
#Science
#PrivateTutoring

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths). Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulakan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Kisah Inspirasi Seorang Engineer ‘Transform’ Kepada Owner Pusat Tusiyen Terbongkar!

KISAH INSPIRASI BAGAIMANA DARI SEORANG ENGINEER ‘TRANSFORM’ KEPADA OWNER PUSAT TUISYEN TERBONGKAR! Seperti yang dijanjikan.. ...