Ini Sejarah Kita: Al-Hambra, Granada

Menelusuri sejarah Al-Hambra di Granada, Sepanyol membuatkan saya termenung seketika memikirkan tentang sejarah Islam yang gemilang suatu ketika dahulu.

Istana Alhambra terletak di bukit La Sabica, Granada, Sepanyol. Ia sekaligus menjadi bukti sejarah kejayaan Islam di Sepanyol (dulu Andalusia). Nama Al-Hambra berasal dari bahasa Arab, hamra’ , bentuk jamak dari ahmar yang bererti “merah”.

alhambra granada7

Istana Al-Hambra didirikan oleh pengasas Kerajaan Bani Ahmar, Muhammad bin Al-Ahmar (dalam Khilafah Bani Umayyah). Pembangunan Istana Al-Hambra dilakukan secara bertahap, antara tahun 1238 dan 1358 M.

Ia merupakan kompleks istana untuk kediaman raja-raja Granada, dan merupakan daya tarik terbesar dari keselurahan kompleks Al-Hambra.

Sultan Muhammad V dikenali sebagai seorang arkitek yang mengilhamkan seni bina yang unik dan mengagumkan yang ada pada hari ini. Kerja-kerja pembinaan yang awal dijalankan sewaktu pemerintahan Sultan Yusuf I yang memerintah sebelum Sultan Muhammad V.

alhambra granada5
Istana ini dilengkapi taman juga bunga-bunga indah nan harum. Terdapat juga Hausyus Sibb (Taman Singa) yang dikelilingi oleh 128 tiang yang diperbuat daripada marmar yang indah.

Di taman ini juga terdapat kolam air pancut yang dihiasi dengan 12 patung singa yang berbaris melingkar. Dikatakan teknologi pada masa tersebut boleh membuatkan air pancut itu akan keluar setiap kali waktu azan dilaungkan. Namun, pada masa sekarang, mereka tidak mampu memperbaikinya dan menyebabkan air itu keluar pada setiap masa.alhambra granada4

Dinamakan Istana Al-Hambra yang bererti Istana Merah kerana bangunan ini banyak dihiasi ubin-ubin dan bata-bata berwarna merah, serta penghias dinding yang agak kemerah-merahan dengan ‘ceramic’ yang bercirikan seni-seni binaan Islam yang hebat, di samping marmar yang putih dan indah.

alhambra granada2

Motto yang sering digunakan oleh kerajaan Islam Nasrid pada masa itu iaitu “La Ghalib illa Allah” (‘Tiada kemenangan/penguasaan selain Allah’) diukir berulang kali sebagai hiasan di dalam Istana Al-Hambra untuk mengingatkan tentang kekuasaan Allah yang tiada tandingan.

Dipercayai terdapat lebih 10,000 hiasan kaligrafi di dalam istana Al-Hambra. Kebanyakannya adalah puisi yang diukir di atas batu dan dihiasi dengan lingkaran motif dedaun.

alhambra granada8

Istana Al-Hambra adalah simbol puncak kejayaan Islam di Sepanyol. Islam mula masuk ke Sepanyol apabila pasukan Islam pimpinan Thariq bin Ziyad yang dikirim Raja Muda Islam di Afrika, Musa bin Nusair, telah berjaya menawan Sepanyol dari kekejaman Gabenor Ceuta, Julian.

Thariq bin Ziyad memimpin sekitar 12,000 pasukan ke Gibraltar pada Mei 711 M. Ia memasuki Sepanyol selat di antara Morocco (Maghribi) dan Sepanyol yang kemudian diberi nama sesuai dengan namanya, Jabal Thariq.

alhambra granada1

Pasukan Islam berjaya mengalahkan pasukan Kristian di daerah Muara Sungai Barbate pada 19 Juli 711 M, dan terus menguasai kota-kota penting seperti Toledo, Cordoba, Malaga, dan Granada, hingga akhirnya Sepanyol berada di bawah kekuasaan Khilafah Bani Umayyah.

Hampir berabad lamanya Islam berkuasa di Sepanyol dengan menjadikan Cordoba sebagai kota pemerintahan. Selain Istana Al-Hambra, satu lagi monumen penting kejayaan Islam di Sepanyol adalah Masjid Cordoba yang kini menjadi Gereja Santa Maria de la Sede atau “Virgin of Assumption”.

Kawasan bukit yang dinamakan Bukit La Sabica kini, adalah salah satu kawasan yang amat strategik dijadikan sebuah kubu pertahanan dan kota. Andalusia terkenal dengan kesejahteraan rakyatnya serta kemajuan didalam bidang pertanian serta bidang perdagangan.

alhambra granada6

Raja-raja Bani Ahmar sangat memperhatikan akan kemakmuran rakyat sehingga pada saat itu bidang pertanian, dan roda perniagaan sangat maju. Selama 260 tahun kerajaan raja-raja Bani Ahmar berkuasa, namun timbul di antara mereka perselisihan juga sengketa.

Inilah yang menyebabkan lemahnya kerajaan Bani Ahmar. Bagaimanapun gigihnya usaha Sultan Muhammad XII Abu Abdillah an Nashriyyah raja terakhir Bani Ahmar untuk menyelamatkan kerajaannya, akhirnya runtuh juga oleh dua buah kerajaan Kristian yang bersatu dari utara. Maksud dari dua buah kerajaan ini adalah karena Ferdinand dari Aragon berkahwin dengan Ratu Isabella dari Castille dan Leon.

Pada pertengahan 1491, Raja Ferdinand V mengepung Granada selama tujuh bulan. Dia berhasil menguasai kota Malaga kota pelabuhan terkuat di Andalusia, lalu Guadix dan Almunicar, Baranicar, dan Almeria.

Akhirnya kerajaan Bani Ahmar, Granada, pun akhirnya tunduk, pada 2 Januari 1492 M/2 Rabiul Awwal 898 H.

alhambra granada3

Banyak pelajaran yang kita boleh pelajari daripada sejarah Islam ini yang akhirnya muhasabah itu perlu untuk diri kita sendiri. Apabila kita semakin jauh daripada Islam dan dunia itu lebih dicintai berbanding akhirat, maka sampai suatu ketika, Allah akan menarik semula kekuasaan daripada orang Islam itu sendiri. Perlunya satu golongan yang menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar suatu ketika Islam itu kembali menyinar, insyaAllah.

Wallahua’lam

‪#‎IniSejarahKita‬
‪#‎MencariTuhanDiEropah‬

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Cabaran Fizikal, Minda, Emosi & Spiritual Summer Camp UK

Alhamdulillah.. Selesai 3 hari berprogram Summer Camp bersama  IKRAM UK & Ireland; MUKHTAR 2017. Alahamdulillah ...