Ingin Menyumbang Dengan Mengajar Tuisyen/Mengaji Untuk Anak Yatim?

Saya masih ingat lagi pengalaman saya dahulu sewaktu mengajar di sebuah sekolah dan projek tuisyen kami bersama sebuah Rumah Anak Yatim di Bangi.

Terdapat beberapa orang anak yatim dari rumah kebajikan yang belajar di sekolah tersebut mereka kelihatan agak berbeza dengan rakan-rakan mereka yang lain. Pengalaman yang sama juga dilalui oleh tutor-tutor kami sewaktu mengajar di rumah anak yatim.

anak yatim al-kauthar bangi

Self-esteem mereka agak rendah berbanding rakan-rakan mereka yang lain dan sedikit ketinggalan dalam akademik. Mungkin juga disebabkan pengalaman serta tiada ibu bapa yang menjadi tunjang kepada diri mereka.

Justeru itu kami sudah memulakan Projek kelas tuisyen & al-Quran secara percuma untuk Rumah Anak Yatim di samping memberi galakan untuk mereka berjaya dunia & akhirat.

Dua buah Rumah Anak Yatim juga telah bersetuju untuk kelas Al-Quran & Mengaji untuk Projek Ummah Social Responsibility (USR). Terima kasih Cik Noor ‘Afifah Ibrahim & Puan Nurwahidah Ab Gani yang menguruskan projek ini di Bangi dan Cik Insyirah di Seremban.

Tuan Zharif selaku Pengurus CMN Care juga sedang berbincang dengan beberapa buah Rumah Anak Yatim untuk membuat kelas tuisyen & al-Quran.

rumah al-kauthar bangi

Kami juga berhasrat untuk meluaskan perkhidmatan ini dengan bantuan lebih ramai pihak secara sukarela untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak yatim dan asnaf.

Jika ingin terlibat bersama kami, amat digalakkan. Termasuk juga PLF, trainer, motivator, pendakwah yang berminat untuk membantu menaikkan motivasi, self-esteem dan tarbiyah mereka mereka untuk berjaya dunia & akhirat.

Jika ada kos-kos yang diperlukan, kami akan berusaha untuk mendapatkan dana tersebut.

Jika berminat untuk menyertai projek ini di bawah CMN Care, kami menyambutnya dengan hati yang terbuka sama ada anda ingin mengajar atau memberi dana.

cmn-care

Motivasi daripada Rasulullah s.a.w

Pada suatu hari Rasululah SAW ditanya oleh sahabat beliau : “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai oleh Allah ? Rasulullah SAW menjawab : “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan ”

(Hadits riwayat Thabrani).

CMN Care dengan Visi & Misi untuk memberikan pendidikan holistik secara percuma dan terbaik sentiasa membuka peluang untuk bekerjasama dengan para pendidik, tutor yang berminat untuk menyumbang dan berkongsi ilmu dengan anak yatim.

projek anak yatim mengaji iqra percuma

Boleh klik dan komen di status facebook di bawah.

Terima kasih atas keprihatinan anda 🙂

Daftar sebagai Tutor Volunteer DI SINI.

p/s: Bantu kami dengan share artikel ini untuk saham akhirat dan manfaat bersama, inshaAllah

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Jana Pendapatan RM1-3k Sebulan Dengan Sebagai Partner CMN

Nak buat RM1k – RM3k sebulan dengan Bisnes Tuisyen CMN? Berita Baik! Istimewa Buat Anda ...