Home Tuition Untuk Pelajar Lembab?

Home Tuition & Kategori Pelajar

Ramai yang ingat golongan pelajar yang ambil perkhidmatan home tuition ini adalah pelajar yang lembab..pergi sekolah belajar asyik pantul je..dan susah nak menyerap pembelajaran.

Betul ke?

Hmmm..kalau disimpulkan daripada pengalaman kami yang setahun jagung ni, tak semua sebenarnya..

Ada banyak faktor yg mendorong ibubapa menjadikan tuisyen di rumah sebagai pilihan utama.

Antaranya faktor keselamatan , kekangan masa utk menghantar anak tuisyen di luar serta fokus pelajar yg lebih tinggi bila belajar secara one-to-one.

Okay..meh kami kongsikan kisah salah seorang pelajar dibawah bimbingan Tutor Beyond Home Tuition Johor Bahru ini.

beyond-home-tuition

Nama beliau Naqib.. 🙂

Naqib adalah pelajar SPM tahun ini dan pada masa yg sama beliau juga merupakan ketua musician Orkestra Darul Takzim (orkestra remaja johor) dibawah Sukarelawan Darul Ta’zim.

Dek kerana selalu sibuk dengan aktiviti muziknya, Naqib memilih utk belajar di rumah sahaja..

Naqib ini rajin budaknya..

Jika dilihat dari prestasi semasa , beliau boleh je belajar sendiri.. namun kehadiran tutor lebih menceriakan sesi pembelajaran beliau, disamping mudah mendapatkan penjelasan sekiranya terdapat topik yang kurang difahami.

beyond-home-tuition-johor-bahru

Beliau juga nampak lebih bersemangat dan berdisplin dalam mengulangkaji pelajaran.Homework yg diberi, pasti siap tanpa sebarang alasan.

Pejam celik pejam celik…

Tidak lama lagi SPM bakal bermula…yang menetukan masa depan pelajar-pelajar ini.

Mudah-mudahan Naqib & semua calon SPM tahun ini dapat buat yg terbaik utk setiap kertas yg diduduki..

Insyaa Allah

Let’s pray they can do their best and let’s Allah do the rest…

Cik Puan Asdila

Manager Beyond Home Tuition Johor Bahru

www.beyondhometuition.com

Facebook page: Beyond Home Tuition

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths). Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulakan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Kisah Seorang Ibu Yang Sanggup Mengajar Anaknya Sendiri

Kisah seorang ibu yang menginspirasikan.. Beliau yang tinggal di Seremban dan bekerja di sebuah institusi ...