Doktor Berhenti Kerja Untuk Berbisnes?

Alhamdulillah, berpeluang bertemu sahabat lama semasa di universiti dulu setelah sekian lama tidak bersua. Pernah satu batch dan satu rumah sewa suatu ketika dahulu.

 Kemudian beliau menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Walaupun saya ditawarkan untuk menyambung dalam bidang perubatan di luar negara, namun saya tidak meneruskannya kerana saya mempunyai matlamat sendiri dalam bisnes.

Ketika itu beliau bertugas sebagai doktor houseman di sebuah hospital.

 Bertemu dan bertanya khabar tentang perkembangan masing-masing.

Dia ada bertanyakan tentang bisnes kepada saya sebelum ini dan beliau sedang memikirkan option lain untuk berhenti dari jawatan sekarang dan ia ada kaitan dengan minat dan halatuju hidup.

 Agak berat juga saya ingin memberikan pandangan saya berkenaan bisnes. Kerana ia melibatkan kehidupan beliau dan keluarga.

Selain dari yang ‘manis’, banyak juga yang pahit yang perlu ditelan untuk menjadi seorang usahawan. Titisan air mata dan peluh usah diceritakanlah.. cewahh 🙂

Selepas beliau menyatakan telah berfikir dengan semasak-masaknya, berbincang dengan famili, kaunselor dan doktor pakar dan istikharah, maka barulah saya bersedia menceritakan dengan lebih detail tentang potensi bidang bisnes ini.

Saya hanya coaching & guide. Namun, beliaulah yang akan menentukan masa depan beliau sendiri. Apapun, saya ingatkan kepada beliau untuk terus melakukan istikharah sehingga mendapat jawapan yang ditemui kerana sehebat manapun perancangan kita, hebat lagi perancangan Allah. Dan Allah lah yang paling mengetahui kebaikan untuk diri kita di dunia mahupun di akhirat.

Tidak beberapa lama selepas itu, saya mendapat tahu bawa beliau telah resign sebagai Doktor dan kini mengusahakan bisnes.

Mohon doakan yang terbaik buat beliau.

Menurut sumber yang diperolehi daripada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr S.Jayaindran berkata kira-kira 1,000 daripada 5,000 doktor pelatih diambil bekerja setiap tahun berhenti semasa housemanship.

Doktor-stress-majalahsains
Hidup adalah PILIHAN.

Kita sendiri yang menentukan perjalanan untuk menuju ke destinasi.

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Kerjaya Tutor Tuisyen Yang Best!

Kerjaya sebagai tutor sepenuh masa atau separuh masa adalah suatu bidang yang sedang meningkat naik ...