Doa & Teknik Visualisasi dalam Mencapai Matlamat

Setiap manusia mempunyai matlamat dan impian tersendiri.

Apa yang membezakan di antara matlamat dan impian adalah matlamat ditulis dan impian tinggal difikiran.

Matlamat juga terdiri daripada matlamat jangka pendek dan panjang. Ada juga matlamat yang dibuat mengikut hari, masa, tahun dan sebagainya. Sebagai seorang Muslim, matlamat jangka panjang dan akhir kita adalah meraih syurga dan melihat Allah s.w.t. Disebabkan itulah, setiap perkara baik yang kita lakukan itu perlu diniatkan kerana Allah kerana ia akan menyumbang saham untuk ke syurga.

penetapan matlamat, LOA, LUA

Apa yang ingin saya kongsikan adalah kekuatan teknik visualisasi sebagai doa. Apa itu teknik visualisasi?

Jack Canfield menulis di dalam The Success Principles, Visualisasi atau tindakan mewujudkan gambaran yang hebat dan jelas dalam minda seseorang.

Mudah sahaja untuk mengaplikasikan teknik visualisasi ini. Pejamkan mata, dan bayangkan matlamat kita sudah tercapai sambil memohon kepada Allah. Contohnya ingin menulis buku sebagai salah satu daripada matlamat. Bayangkan saudara berada di kedai buku. Buku saudara dipamerkan di rak-rak. Ramai orang sedang meneliti buku saudara. Bayangkan dengan terperinci dan selengkap mungkin. Masukkan unsur perasaan dan emosi seperti terharu, gembira, bersyukur dan sebagainya bagi menguatkan teknik visualisasi tersebut. Selain itu, gambar, video, vision board, imagination board (vision board yang tiada limitasi. Kredit: Sifu Rizal Hassan-International NLP Master Learning Facilitator) juga membantu dalam mencapai matlamat tersebut.

Dalam Al-Quran juga Allah banyak menggambarkan tentang keadaan di syurga dan neraka seperti dalam kebanyakan surah dalam Juz 29 & 30 sebagai salah satu motivasi kepada kita untuk beramal. Namun, apa yang kita bayangkan, pastinya tidak sama dengan yang sebenar disebabkan limitasi akal dan fikiran kita..

Menurut kajian, proses yang berlaku semasa visualisasi adalah sama dengan proses yang berlaku semasa kita melakukan perkara yang dibayangkan itu di alam nyata. Maksudnya, otak kita tidak dapat membezakan diantara visualisasi dan perkara yang benar-benar berlaku. Pengkaji Harvard juga menjalankan kajian bahawa pelajar yang menggunakan teknik visualisasi sebelum melakukan sesuatu perkara mencapai ketepatan hampir 100% berbanding yang tidak melakukannya hanya memperoleh ketepatan dalam 55%. Contohnya seorang juruterbang perlu menjalani simulasi pesawat sebelum membawa pesawat yang sebenar bagi membiasakan diri mereka terlebih dahulu.

visualisasi, visualization, law of universal attraction, law of attraction

Teknik visualisasi juga akan mewujudkan konflik dalam minda bawah sedar (Prof Muhaya memanggilnya sebagai ‘minda segar’) kita antara realiti dan perkara yang dibayangkan. Bagi menyelesaikan konflik ini, minda bawah sedar akan mengubah realiti menjadi visi baru berkaitan dengan matlamat kita. Maka 3 perkara ini akan terjadi:

Pertama; otak akan diprogram untuk memasukkan perkara yang dapat membantu kita mencapai matlamat tersebut.

Kedua; Minda bawah sedar diaktifkan supaya mencari jalan keluar untuk mencapai matlamat tadi. Contohnya bangun pagi dengan semangat baru dan mendapat idea yang bertubi-tubi bagi mencapai matlamat tersebut.

Ketiga; Tahap motivasi diri meningkat. Kita akan mendapati bahawa kita akan terdorong untuk melakukan perkara yang mendekatkan diri dengan matlamat yang disasarkan sehingga kita berjaya mencapainya.

Walaupun ia dikaji oleh orang-orang Barat contohnya dalam Law of Attraction (LOA) dan Neuro-Linguistic Programming (NLP), namun ia sebenarnya ia amat dekat dengan Islam itu sendiri seperti yang dipelopori dalam Law of Universal Attraction (LUA) oleh Tuan Zuhairi Nopiah. Maklumat tentang LUA boleh diperolehi daripada blog beliau iaitu www.zuhairinopiah.com.

Jadikan doa kita lebih bermakna dengan teknik visualisasi ini.

Bersama Tuan Zuhairi & Tuan Ridzuan dalam Teknik Coaching Gaya LUA & NLP pada 25 & 26 Januari 2013 nanti. Maklumat lanjut di www.infitahevents.com

‘Inspirasi Kejayaan Dari Hati’

 

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

BELAJAR & BAIKI BACAAN AL-QURAN BERSAMA KELUARGA BERMULA RAMADAN INI.

“SAYA BERNIAT NAK BELAJAR & BAIKI BACAAN SERTA TADABBUR AL-QURAN DENGAN KELUARGA BERMULA RAMADAN INI…” ...