Coaching Blog SEO dari Pengasas Majalah Niaga

Facebook mengimbau semula kenangan 3 tahun lepas ketika saya belajar Search Engine Optimization (SEO) daripada Tuan Hasbul Aqill, Pengasas Majalah Niaga, majalah e-zine percuma yang berkongsi ilmu dan skill untuk usahawan-usahawan terutamanya di Malaysia. Boleh lihat di www.majalahniaga.com

Apakah itu SEO?

Semua orang pasti pernah menggunakan Google untuk mencari maklumat. Menurut kajian, kebiasaannya seseorang itu hanya akan search 1-3 page sahaja. Kalau dah jumpa apa yang dicari dalam page pertama Google sudah cukup buat mereka untuk meneruskan pencarian.

Jadi penting untuk kita menggunakan ilmu SEO untuk meletakkan blog kita di page pertama Google untuk memudahkan audien menemui blog/website kita secara percuma.

Screen Shot 2016-05-13 at 11.55.06 AM

Tuan Hasbul Aqill lebih muda dari saya tetapi mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia Internet Marketing. Syarikat Majalah Niaga sahaja hampir dibeli dengan harga lebih kurang RM1 juta. Namun, ia tidak dilepaskan oleh Tuan Hasbul Aqill dan abangnya yang juga merupakan Founder kepada Majalah Niaga iaitu Tuan Hasbul ‘Ariff kerana strategi jangka panjang. Apakah?? ย ๐Ÿ˜‰

Pada masa itu juga saya turut belajar dengan Tuan Aqif Azizan mengenai ilmu copywriting berbisa ๐Ÿ™‚

Selepas Seminar SEO dan mengetahui secara lebih detail tentang apakah itu SEO dan bagaimana kepentingannya untuk memudahkan orang mencari servis kita di Google secara percuma, saya bersetuju untuk mengambil sesi coaching. Itu merupakan antara pelaburan serta coaching terawal yang saya ambil dalam bisnes..hehe ๐Ÿ˜‰

Antara rakan-rakan seperguruan saya pada masa itu adalah Tuan Wan Zaki, Tuan Azmi Ismail, Puan Haridah, dan beberapa orang lagi. Semuanya hebat-hebat belaka ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah, sangat berbaloi, beberapa website kami dan blog ini sendiri menggunakan ilmu yang dipelajari dari beliau dan tim Majalah Niaga.

Walaupun terdapat banyak social media sekarang seperti facebook, Twitter, Instagram, Snapchat, Pinterest dan lain-lain, kita perlu menyedari bahawa platform itu semua bukan milik kita dan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Ia adalah sekadar ‘rumah tumpangan’ atau Homestay sahaja.
ย 
Amat penting social media dijadikan medium untuk membawa target audience ke ‘rumah’ kita sendiri untuk Branding dan Marketing jangka masa panjang.
ย 
Secantik manapun rumah tumpangan, lebih selesa untuk berada di rumah sendiri.

Sebagai contoh, jika kita rajin menulis status di facebook, pasti kita sedar bahawa status kita itu akan ditelan olah status-status baru dan agak sukar untuk mencarinya semula. Berbanding di blog kita boleh mencari semula artikel-artikel dan status kita untuk digunakan semula. Selain memudahkan pencarian menerusi Google.

Dan yang paling menarik, artikel-artikel blog walaupun kita perlu berusaha dan memerah minda untuk menghasilkannya, tapi berbaloi apabila kita dapat compilekannya dan menjadikannya sebagai buku.

Pengalaman saya, buku saya yang pertama iaitu ‘Fenomena Home Tutor Beyond Expectation’ mengambil masa yang lama untuk siap tulis. Dan masalah kita lagi satu adalah ‘perfectionist’. Selalu rasa tak lengkap dan sampai bila pun buku tak siap-siap. Macam biasa je kan ๐Ÿ˜‰

buku fenomena home tutor coach mohdnoor home tuition private tutor malaysia

Namun untuk buku saya yang kedua, saya hanya perlu mengumpulkan, memilih, menyusun dan mengedit artikel-artikel saya dari blog dan jadilah ia sebuah buku ๐Ÿ™‚

buku coach mohd noor mohd tahir

Jadi siapa pun anda, usahawan, pendakwah, atau anda ada minat tertentu yang ingin dikongsikan, mulakan membina blog anda dari sekarang untuk manfaat jangka masa panjang.

Selain itu, adakah anda pernah terfikir untuk cipta Produk Digital sendiri seperti ebook,video, audio dan lain-lain dalam bidang anda?

Ramai belum tahu sebenarnya apa kelebihan mempunyai Produk Digital sendiri, antaranya:

– Dapat tingkatkan positioning diri dalam bidang yang kita minat

– Dapat meningkatkan brand syarikat/bisnes

– Dapat meningkatkan profit

– Kos rendah

– Harga ditentukan oleh kita

– Dapat membantu jualan produk/servis lain

dan banyak lagi..

Tahukah sebenarnya ada cara yang mudah untuk cipta Produk Digital.

Jika saya kongsikan Video percuma tentang pengalaman kami dalam membuat produk digital ada yang berminat?

Alhamdulillah, pernah sehingga dapat mencapai 6 angka.

Jika berminat, boleh KLIK DI SINI.

Saya juga ingin meminta bantuan anda untuk share perkongsianย ini di media sosial anda supaya manfaat dapat dikongsi bersama.

Terima kasih ๐Ÿ™‚

Yakin Sebelum Berjaya ๐Ÿ™‚

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Pengalaman Baru Bersama Guru Sains PPD Kuala Selangor

Sewaktu pergi ke Seminar Antarabangsa Pendidikan di Unisel untuk presentation dan buka Booth tahun lepas, ...