Cikgu Jutawan Founder Int3tree Ini Pernah Jatuh Bangkrap

Orangnya simple sahaja dan mudah didekati.

Lahir dalam keluarga susah, ibunya pernah meninggal kerana sakit ketumbuhan di bahagian kaki dan mereka sekeluarga tak mampu untuk membiayai kos rawatan walaupun sudah berusaha ke sana sini untuk mendapatkan wang.

Disebabkan kesusahan hidup, beliau sekeluarga pernah masak dengan menggunakan daun pisang disebabkan tidak mampu membeli minyak masak.

Semasa di UPSI, beliau jarang bergaul dengan kawan-kawan di sebabkan sibuk mengambil upah bekerja di cafe demi untuk menampung kehidupan semasa di universiti.

Beliau yang pernah menjadi guru ini tekad untuk mengubah nasib keluarganya dengan menceburkan diri dalam bisnes.

Kejayaan demi kejayaan diperolehi sehingga beliau tidak sedar pada suatu ketika beliau diuji hingga pernah jatuh bangkrap dan hampir bunuh diri sehingga selepas membaca al-Quran beliau teringatkan pesan ibunya beberapa hari sebelum meninggal dunia iaitu supaya menjaga ayah serta adik-beradiknya yang lain.

Demi untuk memberi yang terbaik kepada ayahnya serta keluarganya, beliau telah bangkit semula dengan Produk makanan kesihatan untuk pelajar iaitu Int3tree yang sedang hangat di pasaran!

Pada tahun 2017 sahaja, sales mereka mencecah RM32 juta!! 2018 lagi hebat.

Dengan lebih 100 billboard yang kita boleh lihat di sepanjang highway Utara-Selatan, ia telah mencetuskan fenomena baru di kalangan ibu bapa dan pelajar. Sales beliau jangan cakaplah boleh mencecah jutaan secara bulanan.

Perjuangannya kini adalah untuk memberi manfaat kepada lebih ramai lagi pengguna serta Team, Stokis dan Agen Int3tree. Beliau sangat terkesan apabila dapat membantu orang lain dan mereka mendoakan beliau.

Saya yang berpeluang duduk di sebelah beliau semasa Inner Circle Meeting Titanium Melaka 2018 terinspirasi dengan cerita beliau tentang Buku Akaun Syurga untuk membantu dan memberi manfaat kepada orang lain.

Semoga Cikgu Sudirman dan Int3tree terus berjaya dalam membantu pelajar dan orang di sekeliling mereka.

Apa kaitannya dengan Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018?

Nantikan…. 😉

Yakin Sebelum Berjaya

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Kisah Kejayaan Pengusaha Pusat Tuisyen Dengan 700 Orang Pelajar!

Anda merupakan Tutor Tuisyen atau berminat ingin mengajar tuisyen? Ingin membina kerjaya dan legasi sebagai ...