Certified Home Tutor Beyond Expectation

 

Alhamdulillah, sekali lagi program Certified Home Tutor ‘Beyond Expectation’ selesai dijalankan dengan baik.  Permintaan yang ramai ini selaras dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta sepanjang program tersebut.

Home Tutor juga dikenali sebagai cikgu atau tenaga pengajar. Walaupun bukanlah seorang cikgu di sekolah secara rasmi tetapi bagi orang-orang yang diajarkan ilmu tersebut tetap memanggil cikgu. Niat untuk menjadi ‘somebody’ serta keinginan untuk meninggalkan legasi memberi impak besar kepada seseorang yang ingin mendapat saham dunia dan akhirat dengan perkongsian ilmu yang ditinggalkan kepada anak murid.

Seperti mana Abu hamid Al Ghazali pernah berkata: “Awal dari pengetahuan itu ialah diam, lalu mendengar, kemudian menyerap, mengamalkan dan menyebarluaskan. Seterusnya, ajarkanlah ilmu itu kepada orang yang tidak mengetahuinya”. Petikan dari Sural Al-Alaq ; Ayat 1 – 5.

 

 

certified home tutor beyond expectation ABS bangi infitahMacam-macam gaya dan teknik pengajaran yang ditunjukkan oleh bakal-bakal home tutor yang profesional untuk menarik minat dalam pembelajaran. Teknik-teknik ini diaplikasikan hasil daripada perkongsian Coach Mohd Noor dalam 7 langkah Beyond Expectation Tutor termasuklah 7 teknik pembelajaran yang berkesan. Tuan Zamzuri Abdullah dan Coach Badrul Hisyam Razali turut memberi pendedahan salah satu teknik mengajar yang sungguh mantap.

Semakin ramai yang bersungguh-sungguh bertanya apabila mula menyentuh bab Art of  Business. Kebanyakan daripada tutor tidak tahu bagaimana nak start. Sedangkan matlamat dah ada, azam semangat pun dah ada tapi apakah next step masih menjadi persoalan. Perkongsian ilmu ini turut didedahkan oleh Cikgu Amir Hamzah untuk menjadi home tutor yang serba boleh.

Selepas program ini, peserta boleh melebarkan sayapnya menjadi Home Tutor yang dapat membantu mendidik masyarakat sekeliling untuk mencapai kejayaan. Kami doakan moga tuan/cikpuan berjaya mencapai impian dan kebahagian dunia dan akhirat. Insyaallah.

 

Amni Salma

Peserta CHTBE

 

 

Gambar-gambar program boleh dilihat di sini 

Video lanjut boleh dilihat di sini

 

 

 

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Jana Pendapatan RM1-3k Sebulan Dengan Sebagai Partner CMN

Nak buat RM1k – RM3k sebulan dengan Bisnes Tuisyen CMN? Berita Baik! Istimewa Buat Anda ...