Berapakah Kos Mendapatkan Pelanggan Anda?

Formula Bisnes CAC

===============

Untuk para usahawan, salah satu formula yang perlu diketahui adalah berkaitan Customer Acquisition Cost (CAC).

Apakah itu CAC?

CAC ialah kos yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan seorang pelanggan.

Untuk formula CAC, kita perlu tahu kos sales/marketing yang kita keluarkan untuk mendapatkan seorang pelanggan.

Untuk lebih efektif, kita boleh kira CAC mengikut channel marketing secara bulanan..

CAC

Katakanlah channel Marketing 1 (bunting) kita telah membelanjakan kos sebanyak RM500. Daripada RM500 itu kita dapat 30 prospek yang bertanyakan tentang produk/servis kita.. Daripada 30 itu, 12 orang dapat close-sale.

Jadi pengiraannya..

500 bahagi 12 = RM41.67

Jadi kos untuk mendapatkan seorang pelanggan adalah RM41.67

Katakan untuk channel Marketing 2 (fb ads) kita telah keluarkan RM750.

Daripada kos tersebut, kita telah dapat 78 prospek yang bertanya, dan 33 daripada close-sale.

Pengiraannya: RM750 bahagi 33 = RM22.73

Jadi kos untuk mendapatkan seorang pelanggan dengan fbads adalah RM22.73.

Di sini kita boleh compare pelbagai jenis teknik, cara, copywriting yang berbeza untuk mengetahui kadar CAC yang paling efisyen dengan Teknik Split-Test.

Contohnya untuk bunting, kita boleh gunakan headline atau offer yang berbeza. Begitu juga untuk fbads kita boleh gunakan gambar, copywriting dan tawaran yang berbeza untuk menentukan manakah iklan yang paling efektif dan terbaik.

Dari situ, iklan yang terbaik akan kita teruskan, fokus dan tambahkan kos jika perlu 🙂

Selain itu, pelanggan yang belum dapat di close tadi perlu difollow up dari semasa dengan memberikan soalan, tip, tawaran dan sebagainya supaya pelanggan berminat dengan produk/servis kita dan nilai CAC dapat dikurangkan.

Ada satu lagi cara pengiraan CAC yang lebih kompleks iaitu dengan menggabungkan semua kos iaitu jumlah kos marketing, gaji staf, overhead, bil dan lain-lain sebelum dibahagikan dengan bilangan pelanggan. Jadi terpulang kepada anda untuk menggunakan formula yang mana.

Satu lagi, bagaimana kita nak tahu kadar CAC kita berada dalam range yang baik atau sebaliknya?

Kerana setiap bisnes kadar CAC nya berbeza.

Ia bergantung pula kepada Customer Lifetime Value (LTV).

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Ingin Kenal Lebih Lanjut Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018?

Adakah anda seorang Tutor, Pendidik atau seorang Usahawan Pendidikan atau anda berminat menceburi bidang yang ...