Bengkel ‘Success Tutorpreneur Mentorship’ STM 2015

Alhamdulillah selesai Bengkel ‘Success Tutorpreneur Mentorship’ (STM) bersama peserta-peserta yang komited dan bakal membawa warna-warni landskap pendidikan di Malaysia.

kit stm

Terkadang fizikal kita terasa kelelahan..

Tetapi apabila melihat kejayaan dan passion orang lain, di situ datangnya kekuatan emosi..

Alhamdulillah, tahniah kepada mereka semua yang sudah mengalami peningkatan berbanding ketika mula-mula mengenai mereka.

Antaranya pasangan Cikgu Atik Hariri & Cikgu Solehah Mat Ajid. Hidup mereka kini ‘huru-hara’ dengan tambahan pelajar dan cawangan serta sudah mula mempunyai manager selepas coaching.

cikgu atik

Cikgu Siti Nur Izura & Cikgu Ammar Fahmi Omar pula dah semakin berkembang semenjak kali terakhir kami berjumpa di Seminar Tuisyen. Walaupun menunggu hari untuk bersalin, Cikgu Izura masih kelihatan bersemangat menuntut ilmu.

Puan Mazlinda Bathusha dan Tuan Syed pula datang dari jauh di Utara untuk sama-sama berkongsi sebagai owner Pusat Tuisyen, Kelas Tuisyen di Masjid dan Home Tuition.

Ramai lagi sebenarnya termasuk Cik Nurul Ain Azmi, Cik Puan Azlin Dzulkifly, Cik Puan Nur Azuani Baharudin, Cik Puan Farah Samad, Tuan Akmal Mohamad, Puan Umi Laila Abdul Rauaf, Cikgu Ha Eun Masrom, Cik Puan Nurul Along, Tuan Yazid, Cik Puan Zulaeekha, Cik Puan Anum, Cik Puan Fatimah dan ramai lagi yang hebat-hebat belaka 🙂

Tidak kurang juga ramai yang berminat untuk bekerjasama untuk menambah nilai dalam kehidupan insan lain. Selagi ada kudrat insyaallah kami bantu apa yang termampu.

Jika tidak mampu, maafkan saya kerana saya bukan Superman yang mampu buat semua benda. Tetapi kami ada team yang sangat passionate dengan tugasan mereka Cik Puan Zalikha Ruzanna, Cik Puan Siti Zaharul Nadia Zainal, Puan Nurul Aini Adnan, Puan Khuzaimah Hasanuddin, Tuan Fuad Hamzah, Puan Maizatul Asnida dan ramai lagi. Boleh bertanya mereka jika ada sebarang keperluan.

Puan Nurul Aini Adnan juga berkongsi tentang langkah mudah untuk menguruskan sistem kewangan dan perakaunan dan pendaftaran syarikat.

aini cfo cmn

Walaupun sedang menghitung hari untuk mendapat cahayamata pertama tetap komited berkongsi dengan peserta Success Tutorpreneur Mentorship.

Sebelum ini beliau adalah seorang Tutor dan berkelulusan Master in Food Technology. Kini sebahagian daripada CMN Global Consultant Sdn Bhd sebagai Chief Financial Officer (CFO).

Apa yang menarik, walaupun Bengkel ‘Success Tutorpreneur Mentorship’ ‪#‎STM2015‬ sudah berakhir, ramai tak cukup tidur sebab banyak idea datang. Ada pula peserta yang bangun dan rasa nak join bengkel lagi walaupun sudah tamat semalam 😉

STM

Semoga terus memberi manfaat kepada insan lain.

Semoga kita saling berkongsi manfaat secara ‘Beyond Expectation’ dalam bidang ini.

Formula Bisnes Dari Hati Ke Hati.

‘Yakin Sebelum Berjaya’

Apa kata peserta STM?

“Alhamdulillah… terima kasih di atas segala perkongsian dan ilmu yg dicurahkan. Byk yg km perolehi … dan yg penting semangat dan kesungguhan tuan buat km lebih bsemangat.. berbaloi dtg dr jauh.. YAKIN SEBELUM BERJAYA”

Pn Mazlinda; Pengusaha Pusat Tuisyen & Home Tuition

“Alhamdulillah semalam baru selesai menghadiri Bengkel ‘Success Tutorpreneur Mentorship’ (STM) ..Bengkel ini adalah bertujuan bersama-sama membina legacy dalam industri pendidikan di Malaysia malah diseluruh dunia sekali pun..Banyak perkongsian yang telah diberikan dari Guru yang hebat Coachmohdnoor Tahir dan juga dari rakan-rakan tutor lain…Networking sentiasa diteruskan tanpa henti..”

Cikgu Atik; Founder Syoknya Home Tuition

“Alhamdulillah syukur, selesai berguru dgn Mohd Noor Tahir bg mendalami ilmu dalam salah satu cabang pendidikan. Walaupun penat tp byk ilmu2 yg boleh di tambah nilai utk diri sendiri bg memberi manfaat kod org lain.
Ilmu jika dalami semakin byk manfaat yg kita akan dapat. Terima kasih kpd semua team CMN Consultant Sdn Bhd.”

Pn Umi Laila; Founder Twins One Global

Berminat menyertai Success Tutorpreneur Mentorship secara online?

Layari Usahawan Tuisyen Berjaya

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Cipta Rekod Perkongsian Live 10 Jam Tanpa Henti (Hari Ramah Mesra CMN & Tutor Profesional Malaysia)

Jom tambah ilmu dan skill sebagai Tutor: Belajar Tajwid Dengan Mudah & Seronok oleh Ustazah ...