Apakah Itu Konsep Pembelajaran Abad Ke-21, TEMACS?

Visi CMN Education Group adalah:

CMN Education Group adalah menjadi peneraju bidang pendidikan secara holistik, kreatif dan inovatif di Malaysia.

Selaras dengan itu CMNEG bakal memperkenalkan Konsep Pembelajaran T.E.M.A.C.S selaras dengan Pembelajaran Abad Ke-21.

Apakah itu T.E.M.A.C.S?

Tahfiz & Tadabbur

Dalam melahirkan Generasi Ulul Albab, modul ini menjadi teras kepada pelajar-pelajar Muslim yang bakal menjadi Mukmin Profesional. Ia bukan sahaja menghafaz, tetapi juga para pelajar akan dilatih untuk menghayati serta mengkaji ayat al-Quran.

1911976_700711080027919_6186439762387318862_n

Entrepreneurship

Dengan modul yang dibangunkan khas untuk melahirkan para pelajar yang mempunyai minda usahawan. Mempunyai ‘passion & perseverance’ sebagai salah satu pegangan dalam mencapai sesuatu matlamat. Ia juga mampu menyediakan mereka dengan kemahiran pengurusan kewangan dan menjana pendapatan dalam usia muda.

myceo-cmn-group-of-education

Multiple Intelligences

Dalam menuju ke dunia yang bergerak pantas, pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk menyediakan mereka dengan realiti semasa serta dunia yang mencabar pada masa akan datang, para pelajar perlu dilengkapi dengan Kemahiran Abad ke-21 seperti Interpersonal Skill, Intrapersonal Skill, Leadership Skill dan banyak lagi supaya membantu mereka menguasai bidang masa hadapan.

leadership-skill-kids

Academic

Bidang akademik dan subjek-subjek akan dipelajari dengan menggunakan pendekatan ‘Fun Learning’ serta mengikut potensi pelajar. Dengan melalui suasana pembelajaran yang seronok, mereka akan cemerlang secara automatik dan mengaitkan konsep pembelajaran dengan realiti kehidupan.

beyond-home-tuition-johor-bahru

Computer Science

CS merupakan suatu bidang yang perlu sentiasa diupdate dan disesuaikan dengan pelajar. Bidang ini sangat penting pada masa sekarang dan masa hadapan terutamanya kerana ia berkaitan IT & Programming. Ini kerana para pelajar sendiri telah terdedah dengan komputer, laptop dan gadget sejak kecil. Jadi, dengan modul ini, mereka dapat menggunakannya ke arah perkara yang bermanfaat untuk umat sejagat.

pelajar-belajar-programming

STEM (Science Technology Engineering Maths)

STEM ini bukanlah sesuatu yang berasingan. Namun STEM adalah hasil gabungan yang membentuk suatu ilmu baru. STEM ini tidak asing di negara maju seperti di UK, US dan Korea. Namun, di Malaysia, ia masih sesuatu yang baru. Dengan modul ini, para pelajar akan lebih mengenali bidang STEM terutamanya yang berkaitan dengan engineering seperti Mechanical, Electrical, Civil, Marine, Robotic dan lain-lain.

stembuatkeretacmn3

Konsep pembelajaran T.E.M.A.C.S ini boleh dilaksanakan secara gabungan atau berasingan.

Ia akan dilaksanakan di rangkaian Pendidikan CMN Education Group iaitu:

– Home Based Learning

– Pusat Tuisyen

– Learning Centre

– Sekolah

– Tadika

– Pusat Pembelajaran Al-Quran

InshaAllah ia sedang dibangunkan dan diperbaiki dari masa ke semasa di Ayden Innovation Islamic School kami di Johor Bahru.

Semoga T.E.M.A.C.S ini bakal menyediakan pelajar yang bijak, mempunyai pelbagai kemahiran, bersedia membina legasi serta menjadi leader dalam bidang yang merupakan ‘passion’ mereka 🙂

Yakin Sebelum Berjaya

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Tak Sampai Hati Lihat Anak Masih Belum ‘Improve’ & Mungkin Ketinggalan Dalam Pelajaran? Home Tuition Kami Boleh Bantu Anda!

ANDA TAK SAMPAI HATI LIHAT ANAK MASIH DITAKUK LAMA & MUNGKIN KETINGGALAN DARI PELAJAR LAIN? ...