Anda Kategori 10% Tutorpreneur Outstanding & Berjaya?

Alhamdulillah hari ini berpeluang berbincang dengan 3 orang Owner Tuisyen.

Masing-masing mempunyai kelebihan dan niche yang berbeza

Isu lebih kurang sama:

– Cara nak dapatkan lebih ramai pelajar

– Cara nak cari tutor

– Pengurusan operasi

– Branding yang sesuai

=======

Untuk Tutorpreneur dan bakal Tutorpreneur, sebelum bermula tanya diri…

Apakah niat dan matlamat menceburi bidang ini?

Mulakan dengan mengetahui dengan jelas apa target kita dalam 3-5 tahun akan datang.

Jika kita menghadapi masalah dipertengahan jalan, adakah kita akan beralih ke bidang lain atau mencari solusi?

Kita mahu klien/prospek mengenali kita atau perkhidmatan kita dengan ‘apa’?

Apa yang kita paling perlukan untuk masa terdekat ni?

Apakah yang kita perlu pelajari terlebih dahulu?

Dengan menjawab persoalan-persoalan asas ini barulah kita boleh ‘move on’ dengan ilmu teknikal.

Berdasarkan kajian serta pemerhatian saya, jika anda mampu habiskan e-Learning/DVD Success Tutorpreneur Mentorship (STM) dalam masa 7 hari dan menyiapkan tugasan yang diperlukan, anda adalah kategori 10% Tutorpreneur outstanding yang ada ciri-ciri untuk pergi lebih jauh.

Sebab apa?

Sifirnya mudah sahaja. Bagi saya niat, attitude dan kemahuan yang meluap-luap untuk menambah nilai kepada insan lain itulah yang akan ‘membakar’ semangat perjuangan di kala melalui pelbagai cabaran kelak.

Di kala ramai yang bersemangat ‘suam-suam kuku’, kita ada visi dan Big Why yang lebih besar dihadapan yang sentiasa menarik kita dari ‘comfort zone’.

Keyakinan kita bukan sekadar di hati. Tetapi dibuktikan melalui tindakan.

Sekarang ni nak belajar apa-apa pun boleh belajar dengan e-learning.

Amat memudahkan especially orang yang  sibuk.

Contoh saya belajar International Business dari University of London ni. Ada quiz, assignment dan boleh dapat sijil.

elearning university of london

Sebab itu kami pun design ‘Success Tutorpreneur Mentorship’ (STM) pun dengan konsep e-learning. Untuk info lanjut boleh lihat di Success Tutorpreneur Mentorship (STM).

Atau anda juga boleh hadir ke Bengkel, Seminar atau Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM) untuk upgrade diri anda sebelum menceburi atau ingin kembangkan lagi tuisyen anda.

Saya doakan anda berjaya.

#YakinSebelumBerjaya

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Jana Pendapatan RM1-3k Sebulan Dengan Sebagai Partner CMN

Nak buat RM1k – RM3k sebulan dengan Bisnes Tuisyen CMN? Berita Baik! Istimewa Buat Anda ...