Adakah Sekarang Masa Sesuai Untuk Mulakan Pusat Tuisyen?

Adakah sekarang masa yang sesuai untuk buka Pusat Tuisyen?

Berbincang dengan seorang Tutorpreneur yang berkongsi bahawa tempat tuisyen sedia ada tidak dapat menampung tambahan pelajar lagi.

Jadi sesuaikah untuk berpindah ke tempat yang lebih besar pada waktu sekarang memandangkan ada permintaan pelajar baru?

pusat tuisyen berjaya

Selain daripada istikharah untuk minta petunjuk dari Allah, kita boleh juga berusaha dengan buat keputusan berdasarkan data.

Buat bajet dulu jangkaan kos yang akan dikeluarkan seperti:

– Kos renovation
– Kos peralatan utama seperti kerusi, meja, whiteboard, aircond, dan lain-lain.
– Kos peralatan tambahan
– Lain-lain kos utama

Kos-kos ini diperlukan untuk tahu Break Even.

– Kos overhead seperti sewa, utilities.
– Kos elaun staf dan tutor.
– Kos marketing
– Lain-lain kos

Daripada situ boleh jangkakan berapa bilangan pelajar yang diperlukan untuk cover kos bulanan termasuk kelas tuisyen, Home tuition, program, bengkel, buku dan lain-lain seperti dalam perancangan.

Dalam masa kita memikirkan Best case scenario, kita perlu bersedia untuk Worst case scenario.

Jika Best case scenario yang berlaku memang best

Namun, sebaiknya Jika Worst case scenario berlaku, kita sudah bersedia dengan back up plan.

Jadi sebelum buat keputusan, buat Risk Management Analysis. Kalau hati sekental titanium, tu game lain

Yakin Sebelum Berjaya.

Baca ini sebelum mulakan Bisnes Tuisyen. Klik link ini: Usahawan Tuisyen Berjaya

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Bengkel ‘Beyond Expectation Teachers’ Guru-guru Sains & Matematik Anjuran PPD Rompin & CMN

Bengkel “Beyond Expectation Teachers” untuk Guru-guru Sains & Matematik anjuran PPD Rompin dengan kerjasama CMN ...