Adakah Anda Mempunyai Soalan Berkaitan Tuisyen?

Selepas lebih kurang berada dalam 10 tahun dalam bidang tuisyen, kami sering mendapat pelbagai soalan dari tutor-tutor dan Usahawan Pendidikan.

Antaranya..

  • Bagaimana saya ingin memulakan kerjaya sebagai tutor tanpa pengalaman mengajar?
  • Bagaimana saya ingin mempromosikan dan membuat marketing untuk perkhidmatan saya?
  • Bagaimana ingin mengajar dengan teknik yang berkesan?
  • Bagaimana saya memulakan serta membuka Pusat Tuisyen?
  • Adakah saya patut menjadi tutor dengan centre, agensi atau sendiri?
  • Manakah yang lebih sesuai untuk saya Tutor Pusat Tuisyen atau Home Tuition?
  • Bagaimana ingin mendaftarkan Pusat Tuisyen atau Home Tuition?
  • Adakah produk dan servis lain yang boleh saya tawarkan lagi?

 

dan banyak lagi..

Mahukah sekiranya kami membantu menjawab soalan tuan dan cik puan?

InshaAllah kami cuba untuk membantu yang terbaik dan termampu kerana setiap soalan juga bergantung kepada penanya. Tidak semestinya soalan sama, jawapan yang diberikan juga sama..case by case..

Oleh itu jika ingin dibantu, berikan info tuan/cik puan serta tanyakan dengan jelas soalan anda supaya mudah dibantu.

Usah malu ingin bertanya, kerana dengan bertanya soalan yang betul adalah kunci kepada kejayaan 🙂

Mohon isikan: Borang Pertanyaan Tutor & Tutorpreneur

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths). Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Bersama Pengetua Pusat Tuisyen Seri Mawar Bestari Yang Berpeluang Mengunjungi Finland

Rasanya ini yang paling lama. Belum pernah tinggalkan tanahair selama ini tapi demi kelangsungan impian, ...