8 Langkah Mudah ‘Close Sales’ Klien Home Tuition Gaya Pro

 

close sale home tuition home tutor

1) Target market: target klien yang sesuai.

Kenali klien kita iaitu ibu bapa yang concern tentang pencapaian akademik anak-anak mereka.
Kebiasaanya pendapatan mereka sederhana ke atas. Jika mereka tiada kapasiti kewangan, boleh cadangkan solusi lain seperti ‘small group’ bersama rakan-rakan untuk berkongsi yuran.

2) Keyakinan ketika promosi

Kita sendiri perlu yakin dengan perkhidmatan kita. Kena ada ‘sense of belonging’ pada perkhidmatan Home Tuition serta brand sendiri. Kalau kita sendiri tidak yakin dengan servis kita. Macamana klien nak yakin dengan kita?

Kita nak bantu klien dan beri nilai kepada mereka. So tak perlu segan untuk berkomunikasi dan mempromosi. Elakkan mindset ‘aku nak menjual’

3) Kenali jenis klien:

i. Klien yang dah faham tenatng perkhidmatan Home Tuition dan terus nak ambil perkhidmatan kita. Harga bukan masalah. Biasanya mereka dah kenal brand kita atau follow perkembangan kita. Mereka ni biasanya tak ada masalah untuk terus daftar.

ii. Mereka tahu tentang Home Tuition tetapi ada persoalan dalam pemikiran mereka.

iii. Mereka yang tak faham tentang Home Tuition. Mungkin hanya baca iklan atau tajuk sekali imbas dan terus whatsapp@sms.

Untuk ii. & iii. Kalau kita terus bagi arahan@cara pendaftaran@bayaran dan sebagainya, ada kemungkinan mereka akan senyap.

Kita kena hilangkan dahulu persoalan dalam pemikiran mereka dan bagitahu NILAI & MANFAAT apa yang mereka akan dapat.

Mereka rasa mahal kerana mereka tak nampak apa yang mereka DAPAT.

Jawab soalan mereka atau bagitahu NILAI dahulu baru sebut harga.

Persoalannnya, macamana nak kenal mereka kategori yang mana satu?

so, boleh cakap. “Saya Mohd Noor dari Akademi Infitah, berkaitan dengan Perkhidmatan Home Tuition kami, ada apa-apa yang saya boleh bantu tuan/puan?

Kebanyakana klien tak mengenali kita, so kalau kita beri terus harga dan mereka rasa mahal, tu antara sebab mereka senyap je 🙂

 

Ayat manis…

“Jangan risau puan, puan tak ambil dengan kami pun tak mengapa..tapi biar saya terangkan dulu lebih lanjut pasal Home Tuition kami dan feedback dari klien kami sebelum ini 🙂

Klien pada asalnya adalah STRANGER….bina hubungan dan jadikan kawan dulu…baru jadi klien.

Analogi mudah…

Kalau salesman datang jumpa kita dan terus tunjuk produk dan harga…kita suka nak membeli tak? Mungkin perkara yang sama yg kita buat kat klien menyebabkan mereka lari.

Dalam NLP dipanggil BUILD RAPPORT- MATCHING & MIRRORING dulu.

Kalau advanced…

Nama saya Mohd Noor dari Akademi Infitah. Boleh panggil saya Mat..Boleh saya tahu nama puan dari mana ? “

Kalau ada titik persamaan memang bagus. Contohnya asal tempat sama..atau ada klien sebelum ni dari tempat tu bagitahu mereka…elakkan terus beri harga..

4) Jadi pendengar kepada masalah klien. Tujuan untuk tahu isu yang mereka concern & beri solusi yang sesuai dengan mereka..

Mungkin mereka akan cerita pasal masalah anak dia…layan je macam seorang kawan..

Caranya..

“Puan ada tanya tentang subjek Math Form 3…boleh saya tahu apa yang kami boleh bantu anak puan?”

“Bagaimana pencapaian dia sebelum ni?”

Dan apa sahaja yang sesuai supaya kita boleh tahu sedikit sebanyak tentang isu dia. Dan mereka rasa lebih DEKAT dengan kita.

5) Setelah kita tahu apa isu yang klien hadapi..

i. Baru kita RELATE kan dengan manfaat Home Tuition..

ii. Kaitkan dengan klien yang mempunyai anak yang sama sebelum ni dengan TESTIMONI

Saya faham isu puan tu……..Perkhidmatan HT ni memang sesuai dengan anak puan sebab……..Ini komen klien sebelum ni yang ambil SPM juga…(screenshot testimoni)

testimoni home tuition home tutor

Ini supaya klien rasa, “Oh..dia puan ada anak macam aku..Kalau aku ambil HT ni, mungkin anak aku pun dapat result yg sama.”

😉

Jika kita masih baru bermula, boleh tanyakan perkembangan atau pemahaman anak mereka terhadap pembelajaran Home Tuition.

Lagi satu cara untuk ambil testimoni bila kita tahu mereka puas hati adalah dengan cara bertanya… berbaloi tak Puan ambil tuisyen untuk anak puan? Ini biasanya sesuai untuk klien yang rapat dengan kita atau anak dia yang dapat result gempak 🙂

Testimoni ini memang mahal untuk tunjukkan pada klien lain yang KLIEN kita sebelum ni puas hati.

 

6) Cuba jawab sebaik mungkin OBJECTION dari klien..

Contohnya pasal cikgu sekolah, profil tutor, yuran mahal..

Mereka bertanya bukan sebab mereka tak mahu bayar atau cerewet..tapi itulah NILAI yang akan mereka perolehi.. Info tersebut penting bagi mereka sebelum ambil keputusan untuk mendaftar..

Mungkin juga klien tengah COMPARE dengan orang lain..kalau kita malas nak layan atau lambat reply..mereka tak akan rasa bersalah untuk ambil perkhidmatan orang lain.

Lain orang, lain concernnya…Jadi semakin lama kita berinteraksi dengan klien kita akan faham 🙂

Kita sendiri pun kalau beli barang mahal contohnya handphone kita tanya soalan macam2..kita nak orang tu layan kita..kalau orang tu terus je bagitahu harga atau tak bagi pegang@tengok dulu handphone tu..rasa kita nak beli tak?

So elakkan membuat perkara yang sama 🙂

7) Seterusnya nak TUKAR kawan kepada KLIEN

bagi call to action,contohnya..Puan berminat?

Puan nak cuba dahulu sebulan?

Jika klien tunjukkan minat..

Boleh offer YES @ YES.. (UPSELL)

“Puan berminat untuk ambil 1 subjek RM160/bulan atau pakej ISTIMEWA…4 subjek RMXXX… Ada diskaun RMXX

8) LIMITED TIME OFFER..

Kena bagi something yang boleh menyebabkan klien terus ambil tindakan.

Jika puan daftar sekarang @ sebelum ……pihak kami ada beri offer ………

Tapi terhad untuk pendaftaran hari ini dan esok sahaja…

‘YAKIN SEBELUM BERJAYA” 🙂

p/s: Untuk mengetahui Teknik Marketing & Sales yang berkesan, KLIK DI SINI

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Tak Sampai Hati Lihat Anak Masih Belum ‘Improve’ & Mungkin Ketinggalan Dalam Pelajaran? Home Tuition Kami Boleh Bantu Anda!

ANDA TAK SAMPAI HATI LIHAT ANAK MASIH DITAKUK LAMA & MUNGKIN KETINGGALAN DARI PELAJAR LAIN? ...