7 Tip Menghafaz Al-Quran oleh Ibu Kepada Hafiz Termuda Di Dunia

Adakah anda mengimpikan agar anak anada menjadi seorang Hafiz Al-Quran?

Teknik ini dilakukan oleh Dr. Rasya el-Ghayyar, ibu dari 3 orang hafiz termuda di dunia (Tabarak, Yazid, Zeenah) bermula semenajk hamil lagi.

 

1. Memperbanyakkan Tilawah Al-Quran

Dr. Rasya yang merupakan pensyarah di Batterje Medical College itu menjadikan kebiasaan membaca Al Qur’an sejak sebelum berkahwin lagi. Ketika beliau sedang hamil, perkara tersebut terus dilakukan. Bahkan, kekerapannya meningkat daripada biasa.

 

2. Menambah hafalan Al Quran

Selain memperbanyakkan tilawah al-Quran, Dr. Rasya juga berusaha menambah hafalannya ketika ia mengandung ketiga-tiga orang anaknya iaitu anak pertama (Tabarak), anak kedua (Yazeed), maupun anak ketiga (Zeenah).

 

3. Melazimkan Berdoa

Dr. Rasya sering memanjatkan doa khusus pada waktu hamil. Ia berdoa sepertimanaa doa isteri Imran yang mulia:

رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang ada dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh danmemberi khidmat. Oleh kerana itu, terimalah (nazar) itu dariku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (QS. Ali Imran: 35)

dr-kamil-dan-dr-rasya-bersama-3-anak tahfiz termuda di duniaDr. Rasya juga menazarkan anaknya menjadi seorang anak yang taat kepada Allah dan berbakti untuk Al Quran.

Aljhamdulillah, berkat doa tersebut, ia kemudian dikabulkan oleh Allah. Tabarak yang lahir pada 20 Dzulhijjah 1423 H bertepatan dengan 22 Februari 2003, mulai menghafal Al Qur’an pada usia 3 tahun dan menjadi hafiz pada usia 4-5 tahun.

Beliau telah lulus ujian al Jamiyyah al Khairiyah li Tahfizh al Qur’an al Karim di Jeddah dan al Hai’ah al ‘Alamiyah li Ta’lim al Qur’an al Karim milik Rabithah al ‘Alam al Islami dengan tahap mumtaz. Dengan itu juga, Tabarak telah tercatat sebagai hafiz termuda di dunia.

Anak kedua, Yazid Tamamuddin juga hafal Al Quran 30 juz pada usia 4,5 tahun. Tahap nilai lebih tinggi dari kakaknya. Meskipun sama-sama mumtaz, Tabarak telah mendapat nilai 90 manakala Yazeed mendapat nilai 95.

Anak ketiga juga demikian. Zeenah el Laboody hafal Al Quran 30 juz pada usia kurang dari lima tahun.

Akhirnya, jadilah ketiganya menjadi 3 hafiz termuda di dunia. Masya Allah.

 

4. Membiasakan solat tahajud

Ketika seseorang mengeluh mengapa ia mudah lupa hafalan Al Quran, Dr. Kamil el Laboody menyarankan agar orang tersebut membiasakan solat tahajud. Solat tahajud merupakan sarana mendekat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang dahsyat dan memberi kesan  kepada bersihnya hati sehingga mudah mengingat Al Quran. Sebaliknya, hafalan Al Quran sulit bersatu dengan hati yang kotor.

 

5. Memperbanyakkan doa

Sebab Allah-lah yang menguasai hati manusia. Dia yang menurunkan kalam-kalam sucinya sebanyak 114 surat. Dia pula yang berkehendak meletakkan hafalan kalam suci ke dalam hati hamba yang dikehendakiNya. Maka perbanyaklah doa kepada Allah, khususnya di sepertiga malam yang terakhir setelah shalat tahajud agar Allah berkenan menjadikan kita penghafal Al Quran.

 

6. Mengulang hafalan dalam solat sunnah

Surah atau ayat yang telah dihafal hendaklah dibiasakan dibaca saat solat sunnah. Dengan demikian, hafalan itu terjaga secara berulang-ulang dalam waktu yang lama.

 

7. Wirid harian

Ketika diwawancara oleh penulis buku Rahsia Sukses 3 Hafiz Quran Cilik Mengguncang Dunia, Dr. Rasya Abdul Mun’im el Ghayyar menyarankan agar penghafal Al Quran merutinkan wirid harian. Setelah ketiga anaknya hafal 30 juz, mereka bertiga rutin membaca tiga juz Al Quran setiap hari. Wirid harian dengan membaca tiga juz inilah yang menjadi muraja’ah mereka. Untuk menyelesaikan wirid harian tiga juz ini, mereka rata-rata membutuhkan waktu 2.5 jam.

Dengan 7 tips ini, terbukti Tabarak, Yazid dan Ziinah bukan hanya hafal Al Quran di usia 4,5 tahun sehingga menjadi 3 hafiz termuda di dunia, namun Allah juga menjaga hafalan mereka.

Semoga kita dipermudahkan Allah menjadi hafiz Al Quran. Semoga anak keturunan kita juga dimudahkan Allah menjadi penghafal Al Quran. Dan kita semua dijaga oleh Allah sehingga tidak lupa hafalan Al Quran serta dapat memberi manfaat kepada orang lain.

 

 

Kredit: www.bersamadakwah.net

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Percubaan UPSR Minggu Depan… Sudah Bersediakah Wahai Anak?

Adik-adik calon UPSR tahun ini sudah bersedia ke untuk hadapi percubaan minggu depan? Ibu bapa ...