7 Keistimewaan Membina Kerjaya Sebagai Tutor Tuisyen & Al-Quran

Mengapa ramai yang sudah terlibat dengan tuisyen ini dan anda sendiri perlu melibatkan diri dalam industri tuisyen ini?

#1 Permintaan Yang ‘Mencurah-curah’

Dari sehari ke sehari industri ini semakin membesar dan menerima permintaan yang ‘mencurah-curah’ daripada ibu bapa dan pelajar. Dalam Modul 1, statistik daripada Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan ada lebih daripada 5 juta orang pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Ibu bapa menginginkan pendidikan yang terbaik dan berkualiti untuk anak mereka. Ada pelajar yang sesuai belajar di pusat tuisyen bersama rakan-rakan.

Tidak kurang juga yang sukar untuk menyerap ilmu jika belajar dalam kuantiti yang ramai. Jadi Home Tuition adalah adalah antara solusi yang dicari oleh ibu bapa.

Mari kita lihat satu iklan Fb Ads yang dibuat di fan page Home Tuition & Quranic Home Based kami :

Lebih 1300 like, 200 share dan 500 komen. Ada juga permintaan di luar kawasan perkhidmatan kami, tetapi kami tidak dapat ‘cover’ buat masa ini.

Ini menunjukkan permintaan di kalangan ibu bapa sangat tinggi kerana mereka tahu kualiti pembelajaran yang akan diperolehi.

kerjaya part time jana pendapatan tuisyen rumah

#2 Membantu Pelajar Mengalami Peningkatan Yang Ketara

Ini merupakan kelebihan bagi tutor dan pelajar iaitu dapat membantu pelajar mengalami peningkatan yang ‘ketara’ dan mencapai kecemerlangan dalam subjek yang dipelajari.
Sekiranya anda baru bermula, anda mudah untuk menyesuaikan diri dalam sesi pengajaran kerana pelajar anda hanya seorang atau 2-3 orang. Ia lebih mudah berbanding mengajar dalam kelas.
Sekiranya anda sudah menguasai suatu topik atau subjek, dengan mudah anda dapat menyesuaikan diri untuk mengajar dalam sesebuah kelas pula.

Jika anda mengajar al-Quran, ini merupakan kepuasan yang paling besar apabila kita dapat membantu orang lain belajar al-Quran dan fardhu ain. Ia merupakan pelaburan akhirat yang tidak akan putus hitungan amalnya nanti.

Ini adalah kerana belajar al-Quran dan fardhu ain adalah wajib bagi seseorang muslim. Ramai di kalangan keluarga muslim yang masih memerlukan pembelajaran ini. Ada yang tidak sempat untuk belajar kerana kesibukan kerja. Ada yang pernah belajar dan memerlukan intensif semula.

Tidak kurang juga yang segan untuk belajar di masjid, surau atau pusat pengajian disebabkan oleh faktor usia. Jadi, pembelajaran di rumah merupakan suatu kaedah untuk membantu mereka. Apa yang penting kita sentiasa menyokong mereka disebabkan setiap usaha itu akan dinilai oleh Allah kelak.

 

#3 Bebas Menetapkan Jadual Sendiri

Ini antara faktor yang menyebabkan ramai di kalangan rakan saya dan juga saya sendiri menceburkan diri dalam bidang ini sepenuh masa. Anda bebas menetapkan jadual sendiri dan berunding dengan klien tentang masa yang sesuai untuk mengajar.

Berbeza dengan makan gaji, anda tidak ada pilihan selain mengikut majikan anda.

Dengan bekerja sendiri dan menceburkan diri dalam bisnes ini, anda dapat meluangkan masa yang lebih bersama keluarga, rakan-rakan serta melakukan aktiviti yang anda suka.

Selain itu, anda juga dapat menceburkan diri dalam bisnes lain untuk menambahkan sumber pendapatan. Jika anda sudah mencipta ‘sistem’ dalam bisnes anda, anda tidak perlu bekerja pada setiap masa kerana sistem itu akan menjalankan bisnes anda secara automatik.

Ini termasuklah mencari pekerja yang boleh dipercayai untuk menjalankan urusan anda. Masa dan wang yang akan anda perolehi lebih banyak berbanding jika anda bekerja sendiri. Ini adalah rahsia para usahawan mempunyai banyak bisnes.

 

#4 Menikmati Faedah Pekerjaan Yang Menyeronokkan

Apabila anak murid anda dapat mempertingkan dirinya ke arah lebih baik, ia merupakan kepuasan yang sukar digambarkan dan menyeronokkan bagi seorang pendidik. Jika mereka cemerlang, anda akan merasakan ia amat berbaloi dengan usaha anda.

Jika anda mengajar al-Quran pula, mendengar bacaan mereka yang lebih baik berbanding di awal pembelajaran dulu merupakan suatu kenikmatan dan kelegaan yang tidak mungkin dapat ditafsir dengan kata-kata. Dengan niat yang ikhlas, anda sebenarnya sudah diganjari dengan pahala oleh Allah.

 

#5 Menjana Pendapatan Dengan Mudah

Kenapa saya katakan mudah? Anda tidak perlu membuat sebarang pinjaman atau modal yang tinggi. Apa yang penting adalah modal ilmu dan pengalaman yang anda ada sudah cukup untuk memulakan sesi pembelajaran. Jika belajar dari yang sudah berpengalaman, anda tidak perlu ‘langgar dinding’ kerana anda boleh terus melakukan apa yang sudah terbukti berjaya.

Jika masih belum berjaya, ‘innovate’ dan teruskan semula. Insya Allah, anda pasti berjaya.

 

#6 Kurang Tekanan Semasa Bekerja

Ini merupakan pilihan bagi anda. Sekiranya anda masih bekerja atau belajar, kerjaya sebagai tutor tuisyen ini tetap sesuai bagi anda. Jika anda buat secara sepenuh masa juga, anda mungkin boleh mencapai lebih daripada apa yang anda dapat sekarang.

Dengan mengajar tuisyen, anda hanya fokus untuk mendidik sahaja. Di samping itu anda juga boleh menasihati mereka sebagai seorang kawan tentang aspek sahsiah dan akhlak sambil memberi motivasi dan pengalaman secara santai.

Remaja sangat suka jika kita melayan mereka sebagai seorang kawan dan mereka akan meluahkan apa sahaja jika mereka mempercayai kita. Jadilah seorang pendengar yang baik dan fahami diri mereka untuk membantu mereka lebih cemerlang dalam akademik, agama dan kehidupan.

Jika kita lihat, ramai yang stress di tempat kerja. Mungkin kerana bebanan kerja yang sangat tinggi. Baru-baru kajian menunjukkan guru adalah di antara yang banyak menghadapi tekanan semasa bekerja.

Semasa saya mengajar di sebuah sekolah menengah sebagai guru sandaran selepas graduasi, saya melihat bahawa guru-guru dibebani dengan pelbagai kerja pentadbiran seperti mengutip yuran, menjaga buku teks, menjadi penasihat kelab atau sukan, menjadi guru kelas, menjaga disiplin pelajar dan banyak lagi selain daripada tugas mereka yang hakiki iaitu mengajar.
Ini menyebabkan ada di kalangan mereka yang menghadapi tekanan. Pengorbanan yang dilakukan oleh mereka sangat tinggi dan patut dihargai.

#7 Pendapatan Tinggi Berbanding Masa Yang Diperuntukkan

Tidak dapat dinafikan, jumlah elaun per jam yang diperolehi dengan mengajar tuisyen adalah antara yang tertinggi berbanding pekerjaan lain. Anda tidak perlu bekerja 8 jam atau lebih seperti anda bekerja makan gaji untuk memperolehi gaji yang sama.

Namun, jika anda bekerja lebih masa, maka gaji yang anda perolehi juga pasti lebih. Ia amat sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja hatta orang yang makan gaji. Cuba dahulu baru tahu.

Jika berminat menjadi Tutor Tuisyen & al-Quran, boleh dapatkan maklumat lanjut di CMN Academy

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih 50 cawangan termasuk Tuisyen, al-Quran, tadika dan sekolah swasta di seluruh Malaysia dan UK. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

[Fb Live] Soal-Jawab Dunia Tuisyen Malaysia

Alhamdulillah, semalam berlangsung sesi Fb Live ‘Soal Jawab Dunia Tuisyen’. Lebih 1000 orang yang menonton! ...