5 Strategi Usahawan Tuisyen Berjaya. No 5 Jarang Orang Buat

Saya ingin berkongsi tentang video 5 Strategi Usahawan Tuisyen Berjaya.

5 strategy of SUCCESSFUL TUTORPRENEUR

Apa kata Cik Azlinda, Founder Pusat Tuisyen Genius Atfal mengenai video tersebut.

=======================

Usai menonton “5 Strategy Of Successful Tutorpreneur” sebagaimana saranan Tuan Mohd Noor Tahir yang budiman 🙂

Pada minit-minit terawal saat telinga menangkap setiap bait perkongsian Tuan CMN, sudah hampir penuh semuka nota disalin. Sungguh, setiap bait kata Tuan CMN padat dengan ilmu.

Apa yang saya sangat suka, melalui video ini Tuan CMN kongsikan lima strategi yang tidak mahu tidak, tutorprenuer yang ingin sukses perlu lakukan. Kira macam refresh balik apa yang dah disebut sebelum ni, TAPI dengan beberapa pertambahan ilmu yang sangat membantu.

Lima strategi tersebut dinyatakan jua dikupas dengan cukup baik oleh Tuan CMN. Terasa macam duduk berhadap; terangguk-angguk mengiakan setiap perkara.

Melalui video ini, saya paling gemar strategi ketiga, iaitu Beyond Learning. Sebagai pengusaha PT, sebelum ni saya tak rasa benda ni satu strategi. Tahu, tapi tak rasa perlu. Sedia maklum, tapi selalu rasa cukuplah tutor-tutor sahaja yang tahu. Atau, ada juga rasa, biarlah, janji tutor boleh sampaikan ilmu. Allahu, sentap! Terasa zalim pula di hening subuh ini.

Sentap yang amat, maka strategi ketiga ni saya tulis besar-besar dan tampal di meja kerja, sebagai ingatan kepada diri sendiri. Saya kira jika betul-betul praktikkan, saya mampu pergi lebih jauh. Terima kasih Tuan. Ini ilmu baharu. Buka PT atau tawarkan HT, bukan sekadar beri servis sekadar melepaa batok di tangga. Sungguh kita perlu bertanggungjawab dalam usaha kita menyampaikan ilmu secara tepat dan benar. Ini tanggungjawab, bukan sekadar strategi sebenarnya!

Di akhir perkongsian, Tuan CMN turut menekankan tentang The Power Of Networking. Sebelum ni suka fikir sendiri, buat sendiri, memang patut la PT tak berkembang. Tuan CMN pesan, untuk pergi dan capai ke tahap yang lebih tinggi, perlu bernetworking dengan orang-orang dalam bidang yang sama.
Saya mahu pergi lebih jauh! Jauh! Jauh! Terima Kasih Allah , kerana menemukan saya dengan Tuan CMN dan team CMNGE.

‪#‎YakinSebelumBerjaya‬
‪#‎PusatTuisyenGeniusAtfal‬
‪#‎CMNGeniusAtfal‬

Facebook beliau…

Untuk menghadam strategi tersebut, mohon klik DI SINI.

Semoga manfaat dapat dikongsi bersama.

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Tak Sampai Hati Lihat Anak Masih Belum ‘Improve’ & Mungkin Ketinggalan Dalam Pelajaran? Home Tuition Kami Boleh Bantu Anda!

ANDA TAK SAMPAI HATI LIHAT ANAK MASIH DITAKUK LAMA & MUNGKIN KETINGGALAN DARI PELAJAR LAIN? ...