5 Formula Business Metrics Untuk Jangka Hayat Bisnes Anda

Khas untuk bakal-bakal usahawan berjaya.. (mohon baca dengan tahap ketabahan yang tinggi bagi kejayaan bisnes anda)

Bagi yang berminat menjadi usahawan atau terlibat dalam bisnes, kita perlu jelas dulu apa niat & mengapa kita menceburi bisnes.

Senaraikan dahulu ‘experience’, ‘growth’ & ‘contribution’ yang ingin kita capai dengan berbisnes ini.

Antara perkara yang penting dalam bisnes adalah teknik ‘menggodam’ bisnes dan menskalakan bisnes.

Kadang-kadang kita rasa bisnes kita tak boleh pergi dah.. tapi sebenarnya kita belum ‘godam’ lagi bisnes kita..kita perlu tahu dulu bahagian mana yang bermasalah sama ada produk/servis, marketing, customer relation, finance, operation dan lain-lain sebelum kita tentukan solusi yang sesuai.

Kemudian apabila nak tambahkan pendapatan syarikat, kita perlu tahu terlebih dahulu guna Teknik Kira-kira dalam bisnes.

Ada satu ilmu yang sangat penting bagi business owner mahupun usahawan untuk kuasai iaitu ilmu kira-kira dan metrik dalam bisnes.

Kadang-kadang, sesetengah orang yang menjalankan bisnes, mereka fikir bisnes mereka untung, tetapi bila dilihat, duit selalu tidak cukup untuk rolling semula.

Apakah sebabnya?

Bagaimana kita nak tahu bisnes kita tidak ‘tercekik’ dari cashflownya?

Memperkenalkan 5 Formula ‘Business Metrics’

business metrics

1. Break Even (BE)

Berapa titik pulang modal yang diperlukan dalam terutamanya bagi bisnes baru atau produk baru.

2. Conversion Rate (CR)

Daripada prospek/lead yang datang daripada marketing kita, berapa yang berjaya closed?

3. Return on Investment (ROI)

Berapa keuntungan yang dihasilkan hasil dari kos marketing yang dikeluarkan.

4. Customer Acquisition Cost (CAC)

Berapa kos yang diperlukan untuk mendapatkan seorang pelanggan.

5. Lifetime Value (LTV)

Berapakah nilai seorang pelanggan kepada bisnes kita.

Selepas kita tahu metrik asas ni barulah kita dapat membuat kiraan-kiraan yang lebih complicated seperti untuk membuat jangkaan keuntungan tahunan dan lain-lain lagi.

Tanpa ilmu-ilmu ini mungkin kita terpaksa mengeluarkan bajet dan kos yang besar untuk membuat marketing tanpa kita tahu keberkesanan dan pulangan kepada bisnes.

Pasukan bisnes juga penting bagi usahawan yang ingin memperkembangkan serta meninggalkan legasi dalam bisnes.

Siapakah yang membuat kerja-kerja

– Finance
– Operation
– Marketing
– Customer service
– Administration
– Human Resource
– Research & development

Mungkin di awal-awal bisnes, kita perlu melakukan semua. Sampai suatu tahap kita akan rasa ‘burn out’. Jadi kita perlu ada mindset untuk membina pasukan bisnes untuk lebih berkembang. Persoalannya, bilakah masa yang sesuai untuk mengambil staf?? Antara perkara yang perlu diambil tahu adalah keperluan, cashflow & jangkaan dalam bisnes kita.

Bagi yang sudah mempunyai staf, bagaimana cara untuk kita mendorong staf untuk membangunkan syarikat? Jika setiap masa kita perlu monitor dan ingatkan staf kita itu maksudnya simptom yang kurang sihat dalam bisnes. Kerana pada asalnya kita mengambil staf untuk memudahkan kerja dan supaya kita boleh fokus pada tugasan lain yang lebih penting.

Sistem KPI, laporan dan pemantauan adalah perkara yang penting bagi usahawan yang ingin memantapkan pengurusan bisnes. Dengan hanya melihat angka-angka dan metrik tertentu, maka kita boleh tahu apa yang sedang berlaku dalam syarikat kita. Ini ilmu yang best 🙂

Apa pula beza syarikat enterprise, PLT & Sdn Bhd? Manakah satu yang sesuai untuk kita daftarkan?

Perlukah kita membayar cukai atau mengelakkannya?

Sebelum kita melakukan apa jenis pemasaran kita perlu mengetahui asas kepada seni marketing..

Antaranya adalah teknik picu pengaruh seperti berikut:

1. Komitmen dan konsisten
2. Repcirocity
3. Bukti sosial
4. Liking
5. Autoriti
6. Scarcity

Selain itu, dengan mengenal avatar pelanggan secara spesifik, baru kita dapat buat copywriting (ayat iklan) dengan lebih dekat di hati pelanggan.

Selepas itu baru digabungkan dengan pelbagai jenis marketing online & offline seperti bunting, website, fbads, Google adwords, mudah.my dan banyak lagi.

Dengan pelbagai channel yang perlu kita gunakan, pada akhirnya kita akan mengetahui manakah teknik marketing yang sesuai dengan bisnes kita.

Strategi untuk melancarkan Produk Digital Learning 6 angka akan turut dikongsikan dalam Simposium Tutor Profesional Malaysia.

‪#‎YakinSebelumBerjaya

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Sebelum Anda Mempelajari Teknik Marketing, Kuasai Ilmu Ini Dahulu

Apakah bisnes yang bagus?   Bisnes yang menambah NILAI dalam kehidupan seseorang itu.   Ramai ...