3 Cara Buit Duit Dengan Jual ‘Air Liur’ Sahaja Termasuk Mengajar Tuisyen

Pernah dengar orang cakap macam ni?

Elehhh, kau bolehlah, jual air liur je pun,”

Persoalannya, sejauh mana air liur kau berharga bro? Nak cakap orang memang senang, cuba kau jual air lir kau?

Haaaa, okey macam inilah, hari ini aku nak kongsikan bisnes-bisnes jual air luar yang aku pernah buat di samping jana pendapatan. Woww, tak?

Rasa kelakar pula kan buat bisnes jual air liur? Tapi itulah, selagi benda tu halal dan boleh datangkan duit, kisah apa bro.

Buat je dan jalan terus!

1. Host atau pengacara majlis

Okey yang pertama ini, lebih kepada orang yang suka banyak bercakap ala-ala guru besar di sekolah setiap pagi Isnin.

Sesuai untuk orang yang ‘gila mikrofon’.

Dari sekolah lagi,aku memang ‘gila mikrofon’. Tapi aku ni bukan sampai tahap ‘gila publisiti’.

abul-02

Ada satu masa tuu masa sekolah menengah, aku masuk pertandingan NILAM, peringkat daerah di Perak dan aku dapat Johan bagi kategori Ulasan Buku. Aku memang tak ada masalah gugup, gagap, menggigil atau apa-apa masalah yang lain di pentas. Malah aku lebih berseloroh ketika bercakap dengan penuh keyakinan.

Aku asahkan lagi bakat aku dari masa ke semasa dan sampai sekarang saya boleh jadi pengacara majlis untuk apa jua event sekalipun sama ada dalam Bahasa Melayu atau English, sama ada formal atau tidak formal sampaila ke majlis persandingan.

Haaaa, macam mana nak buat duit pula?

Bab pendapatan, untuk satu majlis persandingan boleh dapat RM1 ribu dan majlisnya cuma berlangsung selama 5 jam sahaja.

Nak sampai tahap ini, perlukan banyak pengobanan. Berpuluh-puluh acara semasa di universiti, aku tak pernah dibayar langsung!

Tapi dengan acara-acara itulah yang mematangkan aku. Setiap kelemahan, aku perbaiki pada acara seterusnya. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru yang terbaik!

2. Home tuition

Aku ajar “ Home Tuition” secara sambilan. Dengan ilmu yang ALLAH berikan kat aku, aku rasa rugi sangat-sangat bila aku tak sampaikan kepada orang di luar sana. Kau tak pernah rugi beb, sampaikan ilmu kepada orang. Tak percaya? Cubalah!

abul-03

Home Tutor tak sama dengan ajar di pusat tuisyen. Ooh ya macam mana nak buat duit dengan Home Tutor?

Andai kau boleh ajar subjek Matematik Tambahan untuk pelajar SPM, kadar di ibu kota adalah RM60-RM80/sejam! Bergantung juga pada pengalaman kau.

Kalau pengalaman tak banyak sekali pun, jangan risau rate dia masih lagi RM50/jam. Banyak ke sikit, kau rasa? Ada kawan aku, boleh buat sampai RM 200/jam.

Macam aku cakap sebelum ini, kau ada ilmu, kan? Benda boleh datangkan duit, jadi manfaatkan sahaja sebaik mungkin.

3. Perunding kewangan

Haaaaa yang ketiga, aku dah mula kerja dengan sebuah bank di Malaysia sebagai Perunding Kewangan Islam sejak sebulan lepas.

abul-04

Sedar tak sedar, aku kena ‘pot-pet’ dengan orang pagi petang, siang dan malam. Kadang kering jugak tekak aku ini.

Balik dari home tuition kena pergi jumpa klien pula. Tapi apa-pun aku enjoy!

Hebat sungguh percaturan ALLAH dalam hidup aku! Apa ‘passion’ korang? Dah jumpa belum?

Ooh ya, aku ni siapa? Aku ini, bukanlah anak Dato’ atau sesiapa pun.

Tiba-tiba terdetik dalam hati nak menulis 3 cara aku jual air liur. Semoga bermanfaat!

Jangan lupa SHARE, biar lagi ramai yang dapat manfaat.

Sumber: The Vocket

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

online tutoring

Digital Learning: Physics Form 4 (Force)

Tuisyen Fizik Tingkatan 4 oleh Cikgu Reky (Master Tutor CMN) Bab 2: Topik Daya & ...