2 Teknik Penting Yang Perlu Ada Untuk Menjadi Home Tutor Luar Biasa

Seandainya kita imbau kembali saat-saat manis waktu belajar dahulu. Pastinya anda semua mengingati pendidik, guru, cikgu, pensyarah yang akan sentiasa berada di hati kita sampai bila-bila.

Namun, ada juga pendidik yang terus luput dari ingatan seseorang pelajar walaupun bukan itu kehendak mereka.

Contohnya;

Siapa Guru Bahasa Melayu kita Tahun 5?

Siapa yang mengajar kita Matematik Tingkatan 2?

Siapa yang mengajar kita Al-Quran hingga khatam?

Siapa pula yang mengajar kita subjek Geografi dan Kemahiran Hidup Tingkatan 3?

Siapakah yang mengajar kita subjek-subjek Semester 3 di kolej/universiti?

Ingatkah kita siapa guru disiplin semasa sekolah menengah?

Jika kita masih ingat, Alhamdulillah pendidik tersebut berada dalam hati (dan doa) pelajarnya.

Dalam sesi perkongsian yang saya jalankan, hampir 95% akan mengatakan guru/pensyarah/pendidik yang sentiasa kekal dalam hati dan minda mereka adalah disebabkan oleh 2 asas ini:

1. Approach/pendekatan

Pendekatan yang digunakan seperti penyayang, tegas, mempunyai teknik pembelajaran yang menarik, Teknik NLP, mudah didekati, concern, dan lain-lain

cikgu luar biasa

2. Ilmu

Tidak dinafikan mempunyai banyak ilmu amat penting bagi seorang pendidik. Apa yang lebih penting adalah teknik untuk menyampaikannya.

Ramai orang mempunyai banyak maklumat dan ilmu. Namun, tidak semua dapat menyampaikannya dengan baik.

Ini merupakan asas menjadi Tutor ‘Beyond Expectation’ yang akan sentiasa berada dalam hati dan minda para pelajarnya.

Perubahan yang positif dan kejayaan walaupun sedikit akan menjadi obor pembakar semangat dan inspirasi kepada mereka untuk terus mendidik secara luar biasa.

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Jana Pendapatan RM1-3k Sebulan Dengan Sebagai Partner CMN

Nak buat RM1k – RM3k sebulan dengan Bisnes Tuisyen CMN? Berita Baik! Istimewa Buat Anda ...