10 Strategi Pusat Tuisyen Unggul & Berjaya

Buka Pusat Tuisyen RM50k

========

Saya beberapa kali menerima email seperti ini…

mulakan bisnes buka pusat tuisyen

=======

Kisah 1

Saya pernah berjumpa dengan pasangan suami isteri yang pernah menjalankan sebuah Pusat Tuisyen franchise di Selangor.

Mereka telah membuat pinjaman sebanyak RM50-70k untuk memulakan Pusat Tuisyen tersebut.

Mereka juga perlu membayar royalti setiap bulan daripada untung kasar kepada franchisor di mana ia suatu perkara yang agak pelik.

Sebab apabila dikira dari untung kasar banyak kos-kos lain yang sepatutnya dikira sekali.

Ini menjadikan cashflow mereka tercekik dan selama 2 tahun mereka sebenarnya dikira rugi kerana terpaksa mengeluarkan duit sendiri pula untuk cover kos.

Akhirnya, mereka terpaksa melepaskan Pusat Tuisyen tersebut kerana tidak dapat menampung dari sudut kewangan walaupun pelajar mereka dikira ramai juga dan mampu pergi lebih jauh.

Namun, mereka masih berminat dengan tuisyen, jadi kami merancang untuk memulakan Projek Tuisyen dengan lebih selamat dan sistematik.

=========

Kisah 2

Ada seorang mahasiswa di sebuah IPTA, dengan berbekalkan pengalaman dalam menguruskan home tuition selama beberapa tahun, sedang merancang untuk setup sebuah Pusat Tuisyen dan Transit (2 tingkat) dengan kos renovasi sebanyak RM55k.

Alhamdulillah, sempat memberi cadangan sebelum beliau melabur dengan kos yang agak tinggi tersebut supaya survey terlebih dahulu beberapa Pusat Tuisyen yang ingin dijual dengan harga yang jauh lebih murah dan boleh terus dimulakan. Ini lebih menjimatkan wang, masa, tenaga dengan sistem dan pelajar yang sudah sedia ada.

coach mohd noor

Cadangan beliau untuk memulakan operasi Pusat Tuisyen pada pertengahan tahun juga memang satu tindakan yang berani dan memerlukan usaha yang amat luar-luar biasa..

Selepas memberikan beberapa cadangan serta strategi dan melihat jangka masa panjang, beliau bersetuju untuk memikirkannya perancangannya semula serta review kontrak yang menawarkanguarantee return kepada pelaburnya.

Apa pun mulakan dengan apa yang di tangan dengan menggunakan Konsep Lean Start-up. Elakkan membuat pinjaman bagi memulakan bisnes. Hanya jika bisnes tersebut sudah berjalan dan ingin dikembangkan lagi, barulah kaedah pinjaman bisnes sesuai untuk dipertimbangkan.

Saya percaya hanya pelaburan scam sahaja yang berani memberikan guarantee return. Dalam bisnes tiada benda yang pasti. Cuma dengan ilmu, risiko dapat dikurangkan.

Berani dengan berilmu dan bersistem, ia lebih terjamin.

Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk menyusun kembali perancangan beliau dengan mengembangkan bisnes Home Tuition yang ada terlebih dahulu sebelum melabur untuk Pusat Tuisyen.

==========

Kisah 3

Selepas Seminar Tuisyen di mana ada seorang peserta mengajak kami minum selepas selesai program.

Beliau merupakan Pegawai di sebuah syarikat korporat GLC yang terkenal.

Kemudian, beliau menceritakan bahawa beliau telah membuat pinjaman untuk ‘setup’ sebuah pusat tuisyen, dan sekarang beliau telah melaburkan lebih kurang RM25k untuk mula dari ‘scratch’. Sebelum ini ‘syok’ tengok saudara sendiri buat tuisyen, jadi beliau pun rasa nak buat pusat tuisyen.

Oleh sebab terlalu fokus untuk setup, renovation menyebabkan sehingga sekarang (pada masa itu bulan Mac), kelas tuisyen masih belum beroperasi. (Untuk pusat tuisyen sebaik-baiknya kelas harus dimulakan pada Disember atau selewat-lewatnya Januari).

=============

Kisah 4

Ada yang memulakan Pusat Tuisyen franchise dengan modal pinjaman lebih RM200k dengan fasiliti yang moden.

Namun, indah khabar dari rupa. Walaupun mendapat fasiliti tersebut, tetapi bantuan dari segi pengurusan dan marketing tidak diberikan menjadikan mereka terkapai-kapai. Jadi setiap bulan mereka struggle untuk membayar bayaran sebanyak 4 angka sebagai baki pinjaman.

Jadi sekarang mereka mempelbagaikan jenis perkhidmatan termasuk Home Tuition untuk menambahkan pendapatan Pusat Tuisyen.

============

Walaupun apabila kita mempunyai Pusat Tuisyen, ia nampak gah. Namun, kita mesti tahu menyusun strategi supaya kita dapat memberi nilai yang sebaiknya kepada ibu bapa dan pelajar disamping memastikan Pusat Tuisyen itu dapat kekal dan berkembang pada tahun berikutnya.

Hasil dari perbincangan dengan Usahawan Pusat Tuisyen dan pengalaman sendiri, di sini saya kongsikan 10 Strategi Pusat Tuisyen Unggul.

strategi pusat tuisyen unggul

Klik pada gambar

Serta networking Tutor & Usahawan Pendidikan Malaysia di SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths). Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulakan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Kenapa Pentingnya Tutor Ada Personaliti Yang Menarik?

Apa kata Cikgu Khairah Husna mengenai Simposium Tutor Profesional Malaysia? Ikuti video ini..     ...