10 Strategi Bisnes Pusat Tuisyen Yang Berjaya

Saya masih ingat lagi…

Selepas Seminar Tuisyen di mana ada seorang peserta mengajak kami minum selepas selesai program.

Beliau merupakan Pegawai di sebuah syarikat korporat GLC yang terkenal.

Kemudian, beliau menceritakan bahawa beliau telah membuat pinjaman untuk ‘setup’ sebuah pusat tuisyen, dan sekarang beliau telah melaburkan lebih kurang RM25k untuk mula dari ‘scratch’. Sebelum ini ‘syok’ tengok saudara sendiri buat tuisyen, jadi beliau pun rasa nak buat pusat tuisyen.

Oleh sebab terlalu fokus untuk setup, renovation menyebabkan sehingga sekarang (pada masa itu bulan Mac), kelas tuisyen masih belum beroperasi. (Untuk pusat tuisyen sebaik-baiknya kelas harus dimulakan pada Disember atau selewat-lewatnya Januari).

Jadi cadangan 10 Strategi Pusat Tuisyen Berjaya:

pusat tuisyen berjaya1

pusat tuisyen berjaya2

1. Fokuskan pada Branding pusat Tuisyen beliau; nama, logo, social branding, design yang profesional dan lain-lain

pusat tuisyen berjaya3

2. Belajar teknik Marketing: online; bagaimana nak gunakan social media sebagai social proof & offline untuk ‘tawan’ wilayah

pusat tuisyen berjaya3

3. Bina Niche sendiri: cari pengkhususan atau speciality yang menyebabkan klien akan mencari kita

pusat tuisyen berjaya4

4. Tentukan Positioning bisnes anda: survey pusat tuisyen lain dan apa yang mereka tawarkan. R&D untuk ‘position’kan pusat tuisyen

pusat tuisyen berjaya6

5. Cari Unique Selling Point (USP): fikirkan keunikan yang boleh memberikan added value pada pelajar dan ibu bapa

pusat tuisyen berjaya7

6. Sediakan Freemium: Apa perkara percuma yang dia boleh offer pada klien. Contohnya: Free talk, free class for 1 hour month, free registration fee, free module, free starter-kit, free quran class dan lain-lain

pusat tuisyen berjaya8

7. Kenalpasti teknik untuk mencari tutor/cikgu tuisyen yang berkualiti untuk menjamin survival jangka masa panjang.

pusat tuisyen berjaya9

8. Sewakan bilik untuk pendapatan sampingan 

pusat tuisyen berjaya10

9. Bekerjasama untuk tambahkan ‘revenue stream’ seperti bengkel, program, kelas al-Quran, kelas soft-skills dan Home Tuition.

pusat tuisyen berjaya11

10. Sentiasa mencari ilmu untuk mengembangkan lagi perkhidmatan dan cawangan serta berada bersama networking yang mempunyai passion yang sama

=================================

Dalam bisnes, kami sangat menekankan konsep ‘lean start-up’, iaitu bermula dengan apa yang ada di tangan. Modal ilmu, buku, kenderaan, bajet marketing (puluhan atau ratusan ringgit sahaja).

perjuangan belum selesai

Dapat profit, baru ‘rolling’ atau invest untuk perkara lain. Tidak perlu buat pinjaman untuk mengurangkan risiko.

Saya juga beberapa kali menerima email seperti ini…

mulakan bisnes buka pusat tuisyen

=======

Ikuti kisah benar ini…

Kisah 2

Saya pernah berjumpa dengan pasangan suami isteri yang pernah menjalankan sebuah Pusat Tuisyen franchise di Selangor.

Mereka telah membuat pinjaman sebanyak RM50-70k untuk memulakan Pusat Tuisyen tersebut.

Mereka juga perlu membayar royalti setiap bulan daripada untung kasar kepada franchisor di mana ia suatu perkara yang agak pelik.

Sebab apabila dikira dari untung kasar banyak kos-kos lain yang sepatutnya dikira sekali.

Ini menjadikan cashflow mereka tercekik dan selama 2 tahun mereka sebenarnya dikira rugi kerana terpaksa mengeluarkan duit sendiri pula untuk cover kos.

Akhirnya, mereka terpaksa melepaskan Pusat Tuisyen tersebut kerana tidak dapat menampung dari sudut kewangan walaupun pelajar mereka dikira ramai juga dan mampu pergi lebih jauh.

Namun, mereka masih berminat dengan tuisyen, jadi kami merancang untuk memulakan Projek Tuisyen dengan risiko rendah dan sistematik.

=========

Kisah 3

Ada seorang mahasiswa di sebuah IPTA, dengan berbekalkan pengalaman dalam menguruskan home tuition selama beberapa tahun, sedang merancang untuk setup sebuah Pusat Tuisyen dan Transit (2 tingkat) dengan kos renovasi sebanyak RM55k.

Alhamdulillah, sempat memberi cadangan sebelum beliau melabur dengan kos yang agak tinggi tersebut supaya survey terlebih dahulu beberapa Pusat Tuisyen yang ingin dijual dengan harga yang jauh lebih murah dan boleh terus dimulakan. Ini lebih menjimatkan wang, masa, tenaga dengan sistem dan pelajar yang sudah sedia ada.

coach mohd noor

Cadangan beliau untuk memulakan operasi Pusat Tuisyen pada pertengahan tahun juga memang satu tindakan yang berani dan memerlukan usaha yang amat luar-luar biasa..

Selepas memberikan beberapa cadangan serta strategi dan melihat jangka masa panjang, beliau bersetuju untuk memikirkannya perancangannya semula serta review kontrak yang menawarkanguarantee return kepada pelaburnya.

Apa pun mulakan dengan apa yang di tangan dengan menggunakan Konsep Lean Start-up. Elakkan membuat pinjaman bagi memulakan bisnes. Hanya jika bisnes tersebut sudah berjalan dan ingin dikembangkan lagi, barulah kaedah pinjaman bisnes sesuai untuk dipertimbangkan.

Saya percaya hanya pelaburan scam sahaja yang berani memberikan guarantee return. Dalam bisnes tiada benda yang pasti. Cuma dengan ilmu, risiko dapat dikurangkan.

Berani dengan berilmu dan bersistem, ia lebih terjamin.

Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk menyusun kembali perancangan beliau dengan mengembangkan bisnes Home Tuition yang ada terlebih dahulu sebelum melabur untuk Pusat Tuisyen.

==========

Kisah 4

Ada yang memulakan Pusat Tuisyen franchise dengan modal pinjaman lebih RM200k dengan fasiliti yang moden.

Namun, indah khabar dari rupa. Walaupun mendapat fasiliti tersebut, tetapi bantuan dari segi pengurusan dan marketing tidak diberikan menjadikan mereka terkapai-kapai. Jadi setiap bulan mereka struggle untuk membayar bayaran sebanyak 4 angka sebagai baki pinjaman.

Jadi sekarang mereka mempelbagaikan jenis perkhidmatan termasuk Home Tuition untuk menambahkan pendapatan Pusat Tuisyen.

============

Walaupun apabila kita mempunyai Pusat Tuisyen, ia nampak gah. Namun, kita mesti tahu menyusun strategi supaya kita dapat memberi nilai yang sebaiknya kepada ibu bapa dan pelajar disamping memastikan Pusat Tuisyen itu dapat kekal dan berkembang pada tahun berikutnya.

Mengikut kiraan, jika ada 140-200 orang pelajar pusat tuisyen, anggaraan pendapatan ialah RM15-20k. Jika pelajar di bawah 100 orang, mungkin ‘cukup-cukup’ makan & memang agak sakit untuk tanggung overhead (kos tetap seperti sewa, bil dan lain-lain) setiap bulan.

Jika bilangan pelajar yang sama untuk Home Tuition, anggaran pendapatan boleh mencapai rm40-50k

Modal awal untuk membuka pusat tuisyen biasanya dalam rm20k ke atas. Modal Home Tuition sangat rendah dan kurang risiko.

Ada juga usahawan yang menggunakan modal dari bisnes Home Tuition untuk memulakan Pusat Tuisyen dengan menggunakan pengalaman yang sudah ada.

Namun, cabaran masing-masing adalah berbeza. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

‘Missing chapter’ dalam bisnes ini yang menyebabkan ada orang sukses, dan lebih ramai yang gagal.

Ingin memulakan bisnes tuisyen dengan modal rendah & kurang risiko?

Klik DI SINI untuk info lanjut bagaimana menjadi seorang Tutorpreneur sukses 🙂

‘YAKIN SEBELUM BERJAYA’

p/s: Berminat menjadi Tutor Profesional & Terbaik di Malaysia? Daftar di Konsultan Home Tuition Malaysia

simposium-tutor-profesional-malaysia-coach-mohd-noor

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths). Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulakan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Kisah Seorang Ibu Yang Sanggup Mengajar Anaknya Sendiri

Kisah seorang ibu yang menginspirasikan.. Beliau yang tinggal di Seremban dan bekerja di sebuah institusi ...